Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMERGIAN PUTERA PHILIP

Presiden Halimah, PM Lee beri ucap takziah

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin Britain atas pemergian Putera Philip, suami Ratu Elizabeth.



Putera Philip, yang juga dikenali sebagai Duke of Edinburgh, meninggal dunia Jumaat lalu di Istana Windsor pada usia 99 tahun.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam berkata Presiden Halimah telah menulis kepada Ratu Elizabeth untuk mengucapkan takziah.



Dalam suratnya, Presiden Halimah berkata Singapura akan sentiasa mengingati lawatan rasmi Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke Singapura pada 2006, serta sambutan penuh mesra mendiang kepada mantan Presiden Dr Tony Tan, semasa lawatan rasmi Singapura ke Britain pada 2014.



Presiden Halimah juga menyifatkan Putera Philip sebagai suri teladan yang cemerlang bagi rakyat Britain, dan telah berkhidmat kepada negaranya dengan penuh hormat dalam tempoh lebih enam dekad.



"Perkhidmatan awam selama berdekad oleh Yang Amat Mulia akan terus mencetus inspirasi kepada generasi orang muda yang selanjutnya, dan terus hidup dalam ingatan orang ramai di seluruh dunia," tulis Presiden Halimah.



Encik Lee pula telah menulis kepada Putera Charles dan Perdana Menteri Boris Johnson, dengan mengenang jasa bakti mendiang kepada Britain, serta dalam bidang seperti pendidikan dan pembangunan belia.



Dalam suratnya kepada Putera Charles, Encik Lee memperingati kehidupan luar biasa Putera Philip, yang membaktikan hidupnya kepada rakyat Britain, Commonwealth dan serata dunia.



"Beliau bersemangat waja, memperjuang keamanan dan keadilan dalam Perang Dunia Kedua pada tahun-tahun awalnya, dan kemudian dengan gigih memperjuang isu sekitaran, mendahului zamannya, dan mengikuti perkembangan dalam sukan dan pendidikan.



"Tumpuannya kepada khidmat tanpa mementingkan diri telah menyumbang banyak perkara untuk memajukan dan meningkatkan kehidupan rakyat di United Kingdom dan dalam Commonwealth," tulis Encik Lee.



Dalam surat kepada Perdana Menteri Johnson pula, Encik Lee menyifatkan sumbangan Putera Philip kepada usaha memajukan hubungan rapat antara Singapura dengan Britain sebagai antara legasi berterusan mendiang.



Upacara pengebumian Putera Philip akan diadakan Sabtu ini, kata Istana Buckingham kelmarin.



Rancangan bagi upacara tersebut perlu diubah dan diadakan pada skala lebih kecil disebabkan sekatan Covid-19, tetapi istana itu berkata rancangan tersebut akan menepati hasrat mendiang, lapor Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >