Presiden Halimah, PM Lee, Masagos beri ucapan khas di televisyen pada malam Raya, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Presiden Halimah, PM Lee, Masagos beri ucapan khas di televisyen pada malam Raya

May 21, 2020 | 08:43 PM

PRESIDEN Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan memberi ucapan khas Hari Raya yang akan disiarkan secara langsung di televisyen pada Sabtu (23 Mei).

Ucapan tiga pemimpin itu sebahagian program hiburan yang turut merangkumi artis setempat dan bertujuan menyemarak semangat dalam musim perayaan yang berlatar pandemik Covid-19, kata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam kenyataannya pada Khamis (21 Mei).

Program Hari Raya Khas ini akan ditayangkan di kededua Saluran 5 dan Suria pada 23 Mei, bermula 8.15 malam.

Antara lain, Taufik Batisah, Sufi Rashid dan Farisha Ishak akan membuat persembahan

Menurut MCI, pemerintah telah menerima maklum balas awam yang meminta takbir dan khutbah Hari Raya Aidilfitri ditunjukkan di televisyen bermula pada malam Hari Raya, iaitu Sabtu.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, kod televisyen bebas-ke-udara Penguasa Infokom dan Pembangunan Media (IMDA) tidak membenarkan kandungan agama disiarkan bagi mengekalkan khidmat penyiaran awam sekular, kata MCI.

Meskipun begitu, tambah MCI, pemerintah sedang bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memberi sokongan bagi keperluan agama masyarakat Melayu / Islam menerusi saluran lain.

Ini termasuk saluran SalamSG di YouTube yang dikendalikan Muis dan bakal menyiarkan secara langsung takbir dan khutbah Hari Raya.

Stesen Radio Warna 94.2 FM juga akan menyiarkan secara langsung kededua takbir - pada malam dan pagi Hari Raya, serta khutbah Hari Raya .

Siaran agama di Warna, yang sebelum ini dihadkan kepada sejam sehari, juga telah ditambah 10 minit sehari, perubahan yang akan dikekalkan sehingga masjid dibuka semula.

Hari Raya Aidilfitri di Singapura dijadual berlangsung pada Ahad (24 Mei), sekitar seminggu sebelum tempoh pemutus litar Covid-19 di SIngapura berakhir pada 1 Jun.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map