Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada pemimpin Laos

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengirimkan surat ucapan tahniah kepada rakan sejawatan masing-masing di Laos sempena pelantikan rasmi mereka.



Dalam surat beliau kepada Presiden Laos Thongloun Sisoulith semalam, Puan Halimah berkata Singapura dan Laos menikmati hubungan amat baik yang dapat dilihat menerusi kerjasama meluas dalam pelbagai bidang.



Hubungan antara rakyat dua negara ini juga semakin meluas, kata Presiden Halimah.



"Saya yakin bahawa Laos akan terus mencapai pencapaiaan baru dan lebih tinggi di bawah kepimpinan anda, dan berharap dapat bekerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala," kata beliau.



Presiden Halimah juga berkata bahawa Laos dan Singapura turut bekerjasama rapat dalam kumpulan berbilang negara seperti Asean, untuk menyokong keamanan dan kemakmuran serantau.



Perdana Menteri Lee dalam surat bertarikh 29 Mac kepada Perdana Menteri Laos, Dr Phankham Viphavanh, pula berkata beliau yakin kerjasama rapat antara Singapura dan Laos dalam Asean memberinya kedudukan baik untuk mengatasi cabaran yang disebabkan pandemik Covid-19 dan muncul lebih kukuh.



Beliau mengundang Dr Viphavanh mengadakan kunjungan rasmi ke Singapura pada masa depan.



"Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda bagi memperkukuh hubungan dua hala kita," ujar Encik Lee.



Perdana Menteri Lee turut menekankan komitment Singapura menyokong pembangunan sosio-ekonomi Laos dan menerusi program pembangunan keupayaan.



Ini termasuk menerusi Program Kerjasama Singapura dan program latihan yang dijalankan di Pusat Kerjasama Laos-Singapura di Vientiane, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >