Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada presiden baru Korea Selatan

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden Korea Selatan yang baru dipilih, Encik Yoon Suk-yeol.



Dalam suratnya, Puan Halimah berkata Singapura dan Korea Selatan menikmati persahabatan yang mesra dan lama terjalin, diperkukuh dengan kerjasama pelbagai bidang, kaitan ekonomi yang kuat, serta pertukaran antara rakyat.



"Negara kita merupakan rakan semula jadi dan mengongsi pandangan serupa mengenai banyak isu serantau dan antarabangsa yang penting.



"Walaupun terdapat cabaran pandemik Covid-19, kededua negara kita bekerjasama rapat untuk memajukan kerjasama dari segi dua hala dan berbilang hala," ujar Presiden Halimah.



Beliau menambah bahawa Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) antara dua negara ini yang bermula pada 15 November tahun lalu telah mencapai kemajuan baik dan menyediakan perjalanan bebas kuarantin bagi penduduk.



Puan Halimah turut melahirkan keyakinannya bahawa hubungan antara Singapura dan Korea Selatan akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang.



Dalam suratnya pula, Encik Lee berkata Singapura dan Korea Selatan menghadapi banyak cabaran serupa, misalnya penduduk menua, keperluan menyusun semula ekonomi, serta dalam usaha memastikan rakyat dapat berkembang maju dalam era digital.



"Meskipun dalam pandemik Covid-19, negara kita bekerjasama rapat untuk melindungi kesalinghubungan rantai bekalan, memperkukuh kerjasama dalam ekonomi digital dan mengembalikan perjalanan rentas sempadan," ujar Encik Lee.



Beliau juga berkata Singapura dan Korea Selatan berkongsi pandangan berhubung banyak isu, termasuk keamanan Semenanjung Korea dan sistem perdagangan antarabangsa yang terbuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >