Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Presiden AS Joe Biden

Jan 21, 2021 | 09:54 AM

PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menghantar surat mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, dan mengharapkan kejayaannya dalam jawatan barunya itu.

Dalam surat yang dihantar Puan Halimah, yang dikongsi Kementerian Ehwal Luar (MFA) , beliau menulis:

"Pengalaman anda selama bertahun-tahun di pejabat awam akan menjadi penunjuk yang stabil selama masa kritikal ini bagi Amerika dan masyarakat antarabangsa. Saya mengucapkan selamat maju jaya ketika anda memimpin negara anda ke hadapan."

Beliau menambah bahawa Singapura dan AS berkongsi persahabatan yang panjang dan berterusan, dan hubungan dua hala terus mekar dalam tahun-tahun kebelakangan.

Tentera kedua-dua negara juga mempnyai hubungan utuh, melatih bersama dan mengambil bahagian dalam perkongsian yang kerap.

Berita Popular

"Saya ingat lagi pertemuan dengan anda semasa lawatan anda ke Singapura pada Julai 2013, dan saya harap dapat menyambut anda dan keluarga kembali ke Singapura lagi," tulis Puan Halimah.

Encik Biden merupakan naib presiden dan Puan Halimah merupakan Speaker Parlimen ketika itu, dan mereka bertemu pada jamuan makan malam yang dianjurkan Encik Lee bagi Encik Biden, lapor The Straits Times.

Sementara itu, Encik Lee, dalam suratnya, menulis:

"Kepemimpinan Amerika yang kuat akan membuat perbezaan yang menentukan kepada pemulihan kolektif kita dan bentuk dunia pasca-Covid-19."

"Anda boleh terus mengharapkan Singapura sebagai rakan yang konsisten dan stabil, sedang kita memajukan kepentingan bersama negara kita dan menangani cabaran bersama."

Encik Lee turut berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Encik Biden untuk memperkukuh penglibatan Amerika di Asia dan Asean.

Beliau juga menantikan peluang bertemu Encik Biden dalam masa terdekat sama ada di Singapura atau Washington.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map