Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap takziah pemergian mantan Sultan Pahang

May 25, 2019 | 05:30 AM



PEMIMPIN Singapura, termasuk Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin, untuk mengucapkan takziah atas kemangkatan ayahnya, Allhayarham Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.



Allahyarham, 88 tahun, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh dan juga mantan Sultan Pahang, mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, kelmarin.



Dalam suratnya, Puan Halimah dan suaminya melahirkan takziah kepada Sultan Abdullah dan keluarga diraja Pahang bagi pihak warga Singapura.



Puan Halimah berkata, di bawah pemerintahan Allahyarham selama lebih empat dekad, Pahang telah berkembang maju dan beliau akan diingati bagi dedikasinya yang tidak mementingkan diri dan kasih sayang luar biasa kepada rakyatnya.



"Sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia memberi inspirasi kepada warga Malaysia dengan semangat baik hati dan kemesraannya, dan membimbing pelaksanaan dasar yang membantu mempertingkat kehidupan semua warga Malaysia.



"Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyumbang kepada pengukuhan hubungan Singapura-Malaysia, dan membantu merapatkan lagi dua negara kita," kata Puan Halimah.



Encik Lee, dalam suratnya pula, berkata kemangkatan Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi Pahang dan juga Malaysia.



Semasa pemeritahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh dan Sultan Pahang yang kelima, Encik Lee berkata beliau berkhidmat kepada rakyat dengan rendah hati dan dedikasi.



Allahyarham juga penyokong kuat hubungan Singapura-Malaysia dan membantu mempertingkat kerjasama dua hala serta persefahaman.



Encik Lee menambah bahawa Allahyarham juga kenal rapat dengan bapanya, Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, dengan mendiang Encik Lee memastikan beliau bertemu Allahyarham secara rasmi semasa lawatan terakhirnya ke Malaysia pada 2009.



"Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan dikenang dengan mesra bagi tugas kenegarawan dan usaha gigihnya untuk memperbaiki kesejahteraan rakyatnya," kata Encik Lee, sambil memberi ucapan takziah kepada Sultan Abdullah dan keluarga diraja Pahang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >