Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Presiden Halimah, PM Li Keqiang tegas talian kukuh SG-China

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah, PM Li Keqiang tegas talian kukuh SG-China

Feb 06, 2022 | 05:30 AM

PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, sewaktu pertemuan mereka semalam menegaskan pertalian kukuh Singapura dan China.

Mereka mengalu-alu momentum baik dalam kerjasama ekonomi, termasuk pertumbuhan teguh dalam perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan pembangunan mampan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.

"Presiden Halimah dan Perdana Menteri Li bersetuju bahawa terdapat banyak bidang pertumpuan antara usaha Singapura memburu pembangunan inovatif, mampan dan inklusif, dengan strategi pembangunan China yang sekarang dan akan datang," kata kementerian itu.

Presiden Halimah telah meluahkan kesediaan Singapura memperkukuh kerjasama dua hala dan memastikan perhubungan antara kedua-dua negara kekal substantif dan memandang ke hadapan.

Ini sedang Singapura dan China berusaha menuju ke arah pemulihan selepas pandemik dan masa depan mampan.

"Presiden Halimah juga menanti-nantikan penyambungan semula penuh ketersambungan udara dan pertukaran manusia-ke-manusia, termasuk kepulangan semua pelajar Singapura ke China untuk pengajian mereka, apabila keadaan mengizinkan," tambah MFA.

Singapura dan China meneruskan perhubungan dua hala yang baik.

Lewat bulan lalu, kedua-dua negara mengadakan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) bagi membolehkan kedua-dua negara lebih memahami situasi masing-masing.

Hasil pertemuan JCBC ke-17 itu, sebanyak 14 Memorandum Persefahaman (MOU) dan persetujuan - merangkumi bidang baru termasuk ekonomi digital dan pembangunan mesra alam - telah dimeterai.

Ini merupakan jumlah MOU dan persetujuan tertinggi yang pernah diumumkan sejak kali pertama majlis itu diadakan pada 2004.

Presiden Halimah dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping hari ini sebelum pulang ke tanah air.

Laporan lanjut: Presiden Halimah hadiri jamuan yang dihoskan Presiden Xi Jinping

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3