Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Presiden baru Muis fahami cabaran masyarakat Islam S'pura

Jul 30, 2021 | 05:15 PM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata presiden baru Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Encik Saat Abdul Rahman, mempunyai kontak rapat dengan masyarakat dan memahami cabaran, keperluan sosio-agama dan aspirasi mereka.



"Dengan pengalamannya yang mendalam, beliau sangat sesuai untuk memimpin Majlis itu dan menyuntik dorongan serta perspektif baru kepada kerjanya," katanya dalam satu kiriman Facebook pada Jumaat (30 Julai).



Encik Saat, editor Berita Harian, akan menyandang jawatan itu mulai 7 Ogos. 


Puan Halimah berkata, sejak ditubuhkan pada 1968, peranan Muis telah berkembang sejajar dengan keperluan yang berubah-ubah dan kerumitan lebih besar bagi isu-isu yang dihadapi masyarakat Islam, bukan hanya dari faktor setempat tetapi juga global.


Bimbingan dan kepimpinan Muis penting kepada keupayaan masyarakat untuk kekal berdaya tahan dan untuk membuat penyesuaian serta berkembang dalam konteks berbilang agama dan sekular di Singapura, katanya.


Untuk mencapai ini, ia bekerja rapat dengan masyarakat di sini bagi mengatur agenda Islam, membentuk kehidupan beragama yang mendalam dan menjalin identiti Muslim Singapura.


"Dengan sokongan dan bimbingan Muis, Muslim di Singapura akan kekal sebagai masyarakat contoh yang progresif dan kukuh yang hidup harmoni dengan kaum lain serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran Singapura," kata Puan Halimah.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden Majlis MUIS kini, Encik Mohammad Alami Musa, yang telah bertahun-tahun berkhidmat kepada Majlis itu, di mana dalam tempoh tersebut MUIS telah melihat perubahan besar yang membawa manfaat kepada masyarakat. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Encik Saat atas pelantikannya dan menantikannya memimpin Majlis ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >