Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, Presiden Uzbekistan, bincang galak dialog silang agama, sikap saling memahami

May 25, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Presiden Uzbekistan, Encik Shavkat Mirziyoyev telah mengadakan perbincangan terbuka mengenai usaha menggalak dialog silang agama dan memupuk sikap saling memahami semasa bertemu di Istana Kuksaroy di Tashkent, Uzbekistan.

Menurut Puan Halimah, mereka bersetuju harmoni silang agama dan masyarakat stabil adalah perkara penting untuk membina dunia lebih baik.

“Kami bercakap secara terbuka mengenai matlamat yang dikongsi untuk menggalak dialog silang agama dan sikap saling memahami,” kata Puan Halimah, yang berkata pendapat itu juga ditekankan semasa beliau bertemu pemimpin silang agama di sana awal dari itu.

Beliau turut mengalu-alukan saranan Encik Mirziyoyev untuk berkongsi pengalaman Uzbekistan di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang dianjurkan Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju terdapat skop bagi Singapura dan Uzbekistan untuk bekerjasama dalam ruang dialog antara agama memandangkan Singapura dan Uzbekistan merupakan masyarakat berbilang etnik dan berbilang agama,” kata MFA.

MFA berkata semasa pertemuan mereka, Puan Halimah dan Encik Mirziyoyev juga menekankan lagi hubungan dua hala mesra antara Singapura dengan Uzbekistan. Encik Mirziyoyev telah mengadakan lawatan ke Singapura pada Januari.

Kededua pemimpin turut berbincang tentang minat Uzbekistan untuk menimba pengalaman Singapura dalam tadbir urus dan pentabiran awam menerusi Program Kerjasama Singapura, serta kerjasama dengan Kolej Perkhidmatan Awam dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Selain itu, kededua pemimpin juga berbincang mengenai pelbagai bidang kerjasama termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, pertukaran budaya, promosi pelancongan, pertukaran parlimen, pendidikan dan tentangan terhadap ekstremisme, kata MFA.

“Presiden Mirziyoyev mengalu-alu lebih banyak syarikat Singapura agar meneroka peluang perniagaan di Uzbekistan. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka kemungkinan memperdalam kerjasama dalam eksport agri-makanan ke Singapura,” kata MFA.

Menyusuli pertemuan mereka, Puan Halimah dan EncikMirziyoyev menyaksikan pemeteraian empat memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang pelancongan, budaya, keselamatan dan kerjasama undang-undang.

Selain itu, Puan Halimah turut menyertai Forum Perniagaan Uzbekistan-Singapura dan mengunjungi Akademi Pentadbiran Awam. Beliau juga menyertai jamuan makan malam yang diadakan oleh Pengerusi Senat Oliy Majlis Cik Tanzila Narbaeva, serta bertemu beberapa anggota parlimen wanita Uzbekistan.

Puan Halimah, yang sedang mengadakan Kunjungan Negara ke Asia Tengah, tiba di Uzbekistan pada Selasa bagi memulakan kunjungan tiga hari.

Beliau adalah Presiden Singapura pertama yang mengadakan kunjungan ke sana sejak hubungan diplomatik dijalin antara kededua negara pada 1997.

Beliau berada di Uzbekistan pada 23-25 Mei bagi fasa kedua kunjungannya ke Asia Tengah. Beliau telah mengunjungi Kazakhstan pada 21-23 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >