Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Presiden Halimah, Presiden Xi Jinping adakan pertemuan dua hala

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah, Presiden Xi Jinping adakan pertemuan dua hala

Feb 07, 2022 | 05:30 AM

PRESIDEN Halimah Yacob mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China, Encik Xi Jinping di Beijing semalam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.

Ketika pertemuan itu, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik antara Singapura dan China, yang turut "mengekalkan momentum positif di tengah-tengah pandemik Covid- 19".

"Mereka menegaskan bahawa Singapura dan China harus meningkatkan kerjasama dalam bidang kerjasama sedia ada.

"Ini termasuk tiga projek pemerintah- ke-pemerintah kami di Suzhou, Tianjin dan Chongqing, yang sedang berjalan dengan baik," kata MFA dalam kenyataannya itu.

Puan Halimah dan Encik Xi juga membincangkan kepentingan memperkukuh hubungan rakyat dengan rakyat, dan menantikan penyambungan semula sepenuhnya perjalanan udara dan pertukaran rakyat dengan rakyat apabila keadaan mengizinkan.

Selain itu, mereka juga mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dalam bidang baru seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta bandar bijak.

Menulis di Facebook, Puan Halimah berkata: "Kedua-dua Presiden Xi dan saya bersetuju bahawa kedua-dua negara kita harus bekerja rapat untuk terus meningkatkan hubungan dua hala.

"Kami bersetuju untuk terus meningkatkan kerjasama dalam kedua-dua bidang kerjasama sedia ada dan baharu."

Kelmarin, Puan Halimah telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, di mana mereka menegaskan pertalian kukuh Singapura dan China.

Mereka mengalu-alu momentum baik dalam kerjasama ekonomi, termasuk pertumbuhan teguh dalam perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan pembangunan mampan.

Mereka bersetuju bahawa terdapat banyak bidang pertumpuan antara usaha Singapura memburu pembangunan inovatif, mampan dan inklusif, dengan strategi pembangunan China yang sekarang dan akan datang.

Pertemuan dengan Encik Xi semalam menamatkan lawatan kerja tiga hari Puan Halimah ke China yang telah menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk, atas jemputan Encik Xi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3