Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah prihatin kadar kesuburan rendah

Tumpuan pada strategi tangani trend; sedang penduduk pula kian menua
Nov 27, 2022 | 05:30 AM



KADAR kesuburan sangat rendah di negara ini memberi kesan serius ke atas ekonomi, masyarakat dan pertumbuhan masa depan, kata Presiden Halimah Yacob.



Bagi menangani permasalahan besar ini, tiga perkara - memanfaatkan kemudahan teknologi, peningkatan kemahiran dan pembentangan pelan dengan strategi jelas lagi menyeluruh - harus diberi perhatian.



Dalam ucapannya semasa merasmikan pembukaan rumah tumpangan warga tua, St John's Home for Elderly Persons (SJH) semalam, Puan Halimah menzahirkan keprihatinannya terhadap keadaan rakyat di sini yang pantas menua.



"Populasi kita sedang menua dengan sangat pesat. Pada masa sama, kadar kesuburan keseluruhan kita adalah sangat rendah pada paras 1.12 (pada 2021), yang bermakna kita tidak menggantikan diri kita," ujarnya.



Menjelang 2030, seorang dari setiap empat orang di sini akan berusia 65 tahun ke atas.



Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura telah merosot sejak lama. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di laman rasmi 'Strategy Group Singapore', kali terakhir negara ini - melibatkan warga dan penduduk tetap - menikmati kadar kesuburan melebihi paras 2.1 yang diperlukan adalah pada 1976.



Antara sebab TFR Singapura kini jauh lebih rendah, disebabkan perubahan demografi dan corak hidup, dengan orang berumahtangga pada usia lewat dan mempunyai jumlah anak yang lebih kecil atau kekal membujang.



Menurut Puan Halimah, adalah sangat mustahak untuk negara ini melihat cara daya penghasilan pekerja dapat dipertingkat dengan memanfaatkan teknologi, selain memperkukuh keupayaan tenaga kerja menerusi peningkatan kemahiran, agar pekerja warga tua dapat terus bekerja dengan produktif.



"Ia memerlukan bukan sahaja lebih banyak automasi dan penggunaan mesin, tetapi juga perubahan minda di kalangan semua, terutamanya majikan, bagi memastikan pekerjaan direka semula sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan sumber tenaga anda, dan bukan hanya memikirkannya selepas masalah berlaku," katanya.



Selain itu tegasnya, negara ini juga memerlukan strategi lebih jelas dan pelan menyeluruh berkaitan penjagaan warga tua di rumah di mana mereka meniti usia tua di tengah-tengah masyarakat.



"Akan terdapat tekanan sangat hebat terhadap khidmat penjagaan. Di rumah, banyak keluarga menghadapi tanggungjawab sangat besar dalam menjaga ibu bapa dan datuk nenek yang tua dan uzur dan pada masa yang sama terkapai-kapai dalam membesarkan anak kecil mereka.



"Kita cuba memikirkan mengapa warga Singapura tidak punya lebih ramai anak dan kita cuba meringankan tanggungjawab kewangan mereka dengan memberi geran berkaitan anak, tetapi ini tidak mencukupi," kata Puan Halimah di acara perasmian bangunan yang menawarkan 144 katil dan dibina dengan kos $20 juta itu di Willow Avenue dekat Potong Pasir.



Sektor penjagaan profesional juga akan berdepan permintaan yang meningkat, sama ada untuk rumah tumpangan atau di pusat penjagaan harian, yang selalunya bergantung kepada tenaga pekerja asing.



"Namun ini bukan sesuatu yang boleh kita bergantung sebagaimana dilihat semasa Covid-19 melanda. Pekerjaan untuk penjagaan profesional sangat mencabar dan memerlukan perhatian penuh tetapi gaji, faedah dan peningkatan kerjaya mungkin tidak begitu menarik untuk warga Singapura, apatah lagi dalam pasaran buruh yang terhad dengan pilihan meluas," katanya lagi dan menekankan usaha mempertingkat pekerjaan dan kerjaya dalam sektor ini perlu diberi perhatian serius "agar mereka merasakan bukan sekadar kepuasan dalam melakukan tugas tetapi juga merasa sumbangan mereka dihormati dan bernilai".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >