Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji institusi agama manfaat teknologi dekati masyarakat

Seru kekalkan amalan baik yang dipelajari semasa Covid-19 agar lebih cekal hadapi cabaran masa hadapan
Apr 15, 2022 | 06:01 AM



INSTITUSI agama di Singapura telah merebut peluang tersedia di tengah-tengah pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat, termasuk dengan memanfaatkan teknologi, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau memberi contoh masjid menyesuaikan pendekatan mereka dan meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat secara digital sepanjang pandemik ini, termasuk memastikan warga senja tidak ketinggalan dalam usaha pendigitalan.



"Masjid-masjid aktif menganjurkan program agama dalam talian. Pegawai masjid pula menghasilkan video ringkas dan infografik tentang kegiatan di masjid dan nasihat agama secara kreatif bagi mendekati masyarakat dengan lebih mesra.



"Usaha mendekati warga emas membantu mereka memperoleh kemahiran tentang cara menggunakan peranti digital mereka untuk membayar zakat, menempah slot solat dan mengikuti kelas agama dalam talian," kata Puan Halimah.



Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis buka puasa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Hab Islam Singapura semalam.



Majlis itu dijalankan secara hibrid, dengan sekitar 50 tetamu hadir di dewan serbaguna hab itu dan sekitar 150 di ruang maya.



Ia juga majlis buka puasa pertama beliau yang mempunyai tetamu secara fizikal sejak pandemik ini bermula, dan turut menandakan bermula semula majlis buka puasa bersama secara fizikal.



Disebabkan Covid-19, majlis tahunan itu diadakan secara maya sejak dua tahun lalu.



Turut menyertai majlis semalam ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; dan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Dalam ucapannya, Puan Halimah turut menyentuh tentang usaha Muis menyediakan kandungan menerusi saluran SalamSG TV di YouTube agar dapat terus memberi masyarakat Islam akses kepada kuliah dan kelas agama dalam talian.



Mengulas tentang usaha itu, Encik Kadir dalam ucapannya berkata: "Kami melihat kejayaan SalamSG TV, yang dilancarkan pada 2020 semasa pemutus litar, memenuhi keperluan masyarakat Islam kita dalam pembelajaran Islam, pendidikan, dan renungan Ramadan.



"Wadah dalam talian ini terus menawarkan kandungan hebat daripada asatizah kita."



Puan Halimah berkata dengan sokongan padu Muis, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) inisiatif sedemikian memastikan tiada sesiapa ketinggalan sedang masyarakat terus maju dalam perjalanan pendigitalannya.



"Pascapandemik, saya yakin usaha sebegini akan diteruskan bagi manfaat masyarakat kita," ujarnya.



Semangat inovatif ini juga dipaparkan menerusi daya usaha Gerakan SalamSG yang awal bulan ini, kata Puan Halimah.



Ia satu usaha baru Muis dan masjid bagi memberi nafas segar kepada program masjid dan menghimpunkan masyarakat Islam dalam menghidupkan semula nilai-nilai kerohanian dalam kehidupan mereka, baik di ruang fizikal mahupun maya.



Bertemakan 'Suburkan Salam, Sebarkan Rahmah', gerakan ini menggantikan kempen Sentuhan Ramadan yang dahulu dianjurkan Ramadan dan acara-acara di bawah Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).



"Saya akur akan pesanan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir agar kita terus meraih manfaat daripada pengalaman kita dalam mengharungi cabaran pandemik ini.



"Kita harus mengekalkan amalan baik yang telah kita pelajari, agar kita lebih cekal menghadapi ca-baran masa hadapan.



"Inilah semangat Gerakan SalamSG yang akan terus dipupuk sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya," ujar Puan Halimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >