Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Presiden Halimah puji SAF atas bantuan bagi Program Pemulihan di Rumah Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah puji SAF atas bantuan bagi Program Pemulihan di Rumah Covid-19

SPH
Nov 03, 2021 | 05:30 AM

SEHINGGA hujung Oktober, sekitar 450 pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terlibat dalam beberapa aspek Program Pemulihan di Rumah untuk pesakit Covid-19.

Ia merupakan sebahagian usaha Kumpulan Petugas Pemulihan di Rumah (HRTG) untuk menyokong Kementerian Kesihatan (MOH) dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pemulihan di Rumah.

Program pemulihan di rumah pertama kali dijalankan pada 30 Ogos lalu dan diperluaskan untuk menjadi aturan penjagaan secara am bagi ramai pesakit di sini.

Dalam lawatannya ke ibu pejabat Kumpulan Petugas Pemulihan di Rumah di Pusat HarbourFront semalam, Presiden Halimah Yacob memuji SAF kerana melakukan "kerja yang baik " dalam membantu MOH mempertingkatkan program itu.

"Keupayaan untuk meningkatkannya dengan begitu pantas adalah sangat baik," katanya.

"Itulah keunikan SAF - mereka sangat teratur, sangat terlatih, jadi mereka boleh bergerak dengan sangat pantas.

"Mereka mempunyai kecekapan dan kemahiran untuk mengerahkan sumber dalam masa yang singkat," tambahnya.

Selain daripada SAF, beberapa agensi lain - termasuk Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH), Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Persatuan Rakyat (PA), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan Bahagian Perkhidmatan Awam kemudiannya dibawa masuk untuk melengkapkan program dan meningkatkan tenaga kerjanya.

Menekankan peranan penting kumpulan petugas itu dalam perjalanan Covid-19 Singapura, Puan Halimah turut mengucapkan terima kasih kepada anggota SAF atas usaha mereka.

Ditanya sama ada beliau mempunyai mesej untuk penduduk umum Singapura memandangkan jumlah kes harian dan kematian yang tinggi, Puan Halimah menggalak semua orang mematuhi langkah pengurusan selamat dan melakukan swab ujian kendiri mereka secara berkala.

"Sekiranya kita mengambil semua langkah itu, kita harus yakin bahawa pemerintah sedang melakukan yang terbaik... kita harus yakin bahawa keadaan dipantau," katanya.

Puan Halimah menambah seperti negara lain, ia akan mengambil sedikit masa untuk keadan di sini pulih.

Namun beliau menekankan bahawa semasa tempoh ini, ia amat penting untuk orang ramai mendapatkan vaksin dan suntikan penggalak.

"Secara individu, dan secara kolektif, dengan sokongan pemerintah, saya cukup yakin kita akan dapat mengatasi wabak ini," katanya.


"Itulah keunikan SAF - mereka sangat teratur, sangat terlatih, jadi mereka boleh bergerak dengan sangat pantas.
Mereka mempunyai kecekapan dan kemahiran untuk mengerahkan sumber dalam masa yang singkat."

- Presiden Halimah Yacob.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3