Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji sifat positif pekerja Lapangan Terbang Changi

Apr 23, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT sikap optimis dan semangat yang tinggi dalam kalangan petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Changi sedang bilangan penumpang meningkat setelah sempadan dibuka semula.



Petugas barisan hadapan ini telah melakukan kerja yang hebat dalam respons mereka kepada peristiwa sepanjang dua tahun lalu dengan menyesuaikan diri dan menunjukkan daya tahan sepanjang perubahan situasi pandemik Covid-19.



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob ketika mengulas tentang lawatannya ke Lapangan Terbang Changi semalam.



"Seperti yang kita ketahui, pekerja merupakan tulang belakang Hab Udara Changi dan mereka membuat sumbangan yang penting kepada ekonomi kita.



"Saya amat berterima kasih kepada pekerja-pekerja barisan hadapan kita sepanjang dua tahun semasa kita menghadapi pandemik Covid-19 ini.



"Mereka telah melakukan tugas yang sangat baik dalam respons mereka sepanjang dua tahun lalu dengan menyesuaikan diri dan menunjukkan daya tahan yang jitu," ujar Puan Halimah.



Beliau menjelaskan bahawa pada setiap tahap perubahan sekatan perjalanan dalam tempoh itu, para pekerja terpaksa menggalas tugas dan tanggungjawab berbeza, termasuk dikerahkan dalam sektor yang berlainan.



"Apabila saya berbual dengan mereka, mereka rasa cukup bangga kerana dapat menjadi sebahagian peralihan ini.



"Semangat pun sangat tinggi, malah mereka mengalu-alukan lebih banyak tugasan kerana lebih ramai penumpang bererti lebih banyak kerja yang perlu dilakukan," kata Puan Halimah, yang telah bertemu beberapa kakitangan pelbagai jabatan di Terminal 3 dan kawasan transit.



Ditanya sama ada pekerja ini telah menimbulkan sebarang kebimbangan sedang lebih ramai penumpang dijangka melalui Lapangan Terbang Changi dengan pembukaan semula sempadan, beliau berkata tidak seorang pun daripada kakitangan yang ditemuinya mempunyai sebarang aduan atau melahirkan kerisauan.



Ini berbeza dengan tahap-tahap awal pandemik Covid-19 di mana sesetengah pekerja bimbang tentang bagaimana mereka dapat mengatasi cabaran tersebut serta kerisauan berkaitan kesihatan, jelasnya.



"Namun, mereka rasa mereka telah diberi perlindungan dan latihan yang mencukupi untuk menguruskan tugas yang perlu mereka lakukan," ulas beliau.



Semasa lawatannya itu, Puan Halimah turut diberi peluang berinteraksi dengan pembantu pelanggan maya di kawasan transit, sebuah khidmat yang telah diperkenal di kaunter maklumat bagi membantu penumpang yang mempunyai sebarang masalah berkaitan perjalanan mereka.



Penggunaan teknologi seperti itu penting, kata beliau, kerana ia bukan sahaja memastikan kerahan sumber tenaga kerja berada di tahap optimum, bahkan ia mengurangkan potensi jangkitan jika terdapat virus yang masih merebak.



Puan Halimah turut melahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama antara pekerja barisan hadapan dan mereka yang bertanggungjawab bagi operasi lapangan terbang, pengalaman Changi yang tersohor dapat dikekalkan dan Lapangan Terbang Changi dapat terus menjadi komponen penting dalam ekonomi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >