Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji usaha masjid bantu golongan gelandangan

Pelbagai program masjid selaras dengan keperluan masyarakat majmuk
Jan 20, 2022 | 05:30 AM



MASJID merupakan institusi utama dalam masyarakat dan memainkan peranan penting untuk memupuk nilai-nilai kemasyarakatan melalui pelbagai program yang disediakan, kata Presiden Halimah Yacob.



Ketika lawatan beliau ke Masjid Assyakirin semalam, Presiden Halimah berkata masjid yang terletak di Taman Jurong itu adalah contoh masjid sebegini, yang mempunyai beberapa program untuk golongan kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat.



Program yang disediakan termasuk program tempat tidur selamat atau Safe, Sound Sleeping Places (S3P), pantri masyarakat serta menyediakan khidmat sokongan bagi pesakit demensia.



Menurut Puan Halimah, inisiatif yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada respons masjid terhadap cabaran dan isu negara.



"Program-program tersebut selaras dengan keperluan masyarakat majmuk dan masyarakat Islam pada hari ini, iaitu hasil daripada pandemik yang sedang kita alami.



"Contohnya, disebabkan pandemik ini juga, kita telah melihat dan membaca berita mengenai golongan yang memerlukan tempat untuk berteduh pada malam hari kerana mereka kehilangan tempat tinggal dan sebagainya.



"Jadi ini adalah satu usaha di mana mereka membawa masyarakat ke dalam masjid untuk membantu mereka dan memenuhi keperluan mereka akibat daripada pandemik," kata beliau kepada wartawan selepas lawatannya.



Masjid Assyakirin merupakan antara empat masjid setempat yang menyediakan program S3P untuk golongan gelandangan.



Tiga masjid lain ialah Masjid Kassim, Masjid Ansar dan Masjid Hang Jebat.



Puan Halimah turut diberi taklimat serta meninjau inisiatif lain yang disediakan Masjid Assyakirin seperti Pantri Masyarakat - sebuah program bantuan makanan untuk golongan yang memerlukan yang terjejas dengan pandemik ini.



Pantri tersebut dibuka dua kali seminggu pada Isnin dan Khamis, dari 10 pagi hingga tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang.



Orang ramai boleh mengambil barangan runcit setiap dua minggu sekali, dengan sehingga lima barang setiap kali untuk mereka yang tidak mendapatkan bantuan zakat, dan sehingga lapan item untuk penerima zakat.



Seramai 3,000 penerima bantuan telah memanfaatkan inisiatif ini dan pihak masjid telah mengagihkan lebih $20,000 berupa makanan dan barangan keperluan dapur sejak ia diperkenalkan pada 2019.



Sebagai salah sebuah pusat Masyarakat Mesra Demensia (DFC), masjid itu turut menjadi tempat persinggahan, yang membolehkan orang ramai di kawasan Taman Jurong menghantar pesakit demensia yang ditemui 'sesat' di tempat-tempat awam.



Menurut Puan Halimah, menerusi program ini, Masjid Assyakirin telah membantu menangani cabaran masalah penuaan di negara ini yang akan menjadi lebih ketara.



Beliau turut menambah bahawa sokongan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan rakan kongsi lain juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program-program ini.



"Jika kita lihat daripada program-program ini, ia amatlah sesuai dan ini sangat penting, bukan sahaja bagi masjid tapi badan-badan keagamaan yang lain.



"Relevansi kepada keperluan masyarakat, isu-isu cabaran-cabaran masa kini harus diberikan respons dan penyelesaian yang sewajarnya.



"Oleh itu, saya berasa amat gembira bahawa Masjid Assyakirin telah ke hadapan untuk melakukan perkara ini," ujar beliau.



Laporan lanjut : 4 bulan gelandangan di kolong blok, lega masjid jadi tempat berteduh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >