Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji usaha Muis, rakan kongsi buat penyesuaian semasa pandemik

Apr 23, 2021 | 08:18 PM



PRESIDEN Halimah Yacob melahirkan rasa gembira terhadap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang telah bekerja rapat secara aktif dengan rakan kerja lain untuk berkhidmat kepada masyarakat.



Dalam ucapannya sebelum berbuka puasa dalam talian bersama sekitar 110 individu termasuk pemimpin Melayu/Islam semalam, Puan Halimah berkata Muis dan rakan kongsinya seperti masjid-masjid serta Yayasan Rahmatan Lil Alamin atau RLAF, telah menganjurkan pelbagai inisiatif untuk menolong mereka yang memerlukan.



Ini termasuk semasa Singapura dan dunia berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.



“Sejak mula pandemik ini, kedua-dua Muis dan masjid-masjid telah bekerja rapat bersama untuk menyesuaikan program mereka agar sokongan bagi mereka yang memerlukan tidak terjejas,” kata beliau sewaktu acara itu pada Jumaat (23 April).



Memberi contoh, Puan Halimah berkata masyarakat Islam di sini boleh terus membayar zakat dan bersedekah secara ‘online’, memastikan beribu keluarga, warga tua dan golongan terdedah yang memerlukan bantuan masih boleh terus mendapatkannya.



Beliau turut berbesar hati melihat usaha masyarakat Melayu/Islam terus membantu satu sama lain “didorong oleh etos setiap Muslim untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa atau agama”. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >