Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah pulih daripada Covid-19, syukuri peluang solat Aidiladha di Masjid Yusof Ishak

Jul 10, 2022 | 11:04 AM

PRESIDEN Halimah Yacob sudah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan melahirkan kesyukurannya dapat menyertai jemaah di Masjid Yusof Ishak untuk solat Aidiladha pada pagi Ahad (10 Julai).

Dalam catatan Facebook-nya, Puan Halimah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakannya pulih sepanjang minggu lalu.

"Saya telah pulih daripada Covid-19 dan berasa sihat. Saya gembira dapat menyertai jemaah di Masjid Yusof Ishak bagi solat Hari Raya Haji hari ini," tambahnya.

Menurutnya lagi, penduduk Islam di Singapura dan merata dunia meraikan Hari Raya Haji pada hari ke-10 bulan Zulhijah bagi menandakan tamatnya ibadah haji di Makkah.

"Pada hari ini, kita mengingatkan diri kita tentang semangat pengorbanan dan keihsanan. Saya berharap agar jemaah yang mengerjakan haji di Makkah pulang dengan selamat ke Singapura dan bagi warga Islam di Singapura pula, saya berharap anda dapat meraikan hari yang bermakna ini bersama orang tercinta," tambah Puan Halimah.
 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3