Presiden Halimah rai kanak-kanak di Istana sempena Aidilfitri

SELAIN bersolat Hari Raya di Masjid Sultan, Presiden   Halimah Yacob menyambut  Hari Raya pertama beliau  sebagai  Presiden  semalam dengan meraikan kira-kira 50 kanak-kanak  dan ahli keluarga mereka di Istana.

“Saya sangat gembira saya dapat menghabiskan sebahagian daripada hari ini bersama   orang ramai dan saya sangat gembira melihat ramai  daripada mereka datang beramai-ramai  untuk menikmati pekarangan  Istana,” kata Puan    Halimah lapor akhbar The Straits Times.

Selain menikmati jamuan teh  yang dihoskan oleh Presiden Halimah  dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun daripada pertubuhan  seperti  Boys’ Town,  Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Rumah Kanak-Kanak Methodist Chen Su Lan itu  juga dihiburkan dengan  persembahan silap mata.

Pekarangan Istana dibuka    kepada orang ramai dan menjadi  sebahagian daripada sambutan  Hari Raya semalam,   membolehkan pengunjung menikmati suasana dan kegiatan perayaan,     termasuk tarian Melayu, pertunjukan pancaragam dan   permainan karnival.

Puan  Halimah berkata kepada  media: “Ini  pada dasarnya apa yang kami  mahu lakukan, membolehkan   orang ramai  mengambil  bahagian dan mempunyai akses ke pekarangan  Istana.
“Kami   tidak boleh membuka ia  sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal tertentu. Seperti yang saya katakan pada permulaan jawatan presiden saya, saya ingin menjadikan Istana lebih mudah diakses.”

Beliau menambah bahawa ini  sebahagian daripada usaha  melibatkan masyarakat, terutama daripada latar belakang  kurang bernasib baik.

Program  lain, seperti Volunteer Gardeners@Istana, disediakan untuk membantu membuat  kompleks Istana   lebih mudah diakses oleh warga Singapura biasa.

Puan  Halimah menambah bahawa sesi jamuan  teh  itu memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut     mengalami suasana  Istana: “Mereka tidak pernah mempunyai peluang itu, dan mereka semua sangat gembira.

“Jadi itulah yang kami  mahu lakukan, kongsi apa yang kami  ada di Istana dengan anak-anak kita daripada rumah-rumah kebajikan.”

Beliau menambah: “Hari Raya   masa untuk perayaan, refleksi dan menghabiskan masa   bersama  keluarga kita.

“Ia juga  masa untuk kita bermurah   hati kepada orang  di sekeliling  kita, oleh itu   di tengah-tengah kita berperayaan, janganlah kita melupakan  orang  kurang bernasib baik dalam masyarakat kita.”

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.