Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Presiden Halimah rai penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah rai penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina

Feb 16, 2019 | 05:30 AM

SERAMAI 40 penerima bantuan dan relawan Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio (AMKFSC) mengunjungi Istana sambil menikmati sesi 'lo-hei' semalam.

Mereka menghadiri acara tersebut atas jemputan Presiden Halimah Yacob (tengah), yang turut menyertai mereka dalam jamuan petang serta 'lo-hei' khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Puan Halimah turut mengagihkan hongbao serta limau kepada penerima bantuan yang hadir.

Dalam acara tersebut, mereka juga meraih kesempatan melawat beberapa kawasan dalam Istana seperti bangunan utama dan taman.

AMKFSC antara penerima bantuan di bawah Cabaran Presiden.

Dalam pos Facebook yang dimuatnaikkan semalam, Puan Halimah berkata:

"Saya gembira dapat bertemu ramai warga daripada pelbagai kaum dan budaya serta latar belakang yang datang bersama untuk meraikan perayaan ini.

"Saya juga gembira penerima bantuan berpeluang menikmati taman di sini dan memahami lebih lanjut tentang seni bina bangunan Istana.

"Ramai memberitahu saya ini lawatan dan jamuan pertama mereka di Istana."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3