PRESIDEN Halimah Yacob telah menjadi tuan rumah bagi jamuan teh semalam untuk penganjur utama serta peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
Jamuan teh yang diadakan di Istana itu bertujuan menghargai kerja keras dan dedikasi pasukan penganjur serta peserta.