Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah raikan anggota persatuan penyakit saraf

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 40 individu terdiri daripada sembilan anggota Persatuan Penyakit Saraf Motor Neuron Singapura (MNDa) dan penjaga mereka menjadi tetamu istimewa di Istana semalam.



Mereka diraikan Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis jamuan, selain bersiar-siar Taman Inklusif di perkarangan Istana.



Antara mereka ialah Riz Sunawan, mantan penyampai berita dan pengasas MNDa. Beliau hadir bersama anggota keluarganya.



MND adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku dan disebabkan oleh kemerosotan progresif saraf dalam otak dan saraf tunjang.



Apabila saraf motor rosak dan mati, otot tidak dapat bergerak, menyebabkan mereka menjadi lemah.



Mengulas lawatan tersebut, Puan Halimah berkata lebih banyak yang boleh dilakukan masyarakat untuk memperkasa golongan kurang bernasib baik.



"Golongan karyawan, majikan, rakan kerja, anggota keluarga dan rakan-rakan boleh membantu dengan cara yang berbeza. Antara cara-cara mudah ialah dengan meluangkan masa kita, menyumbang kepakaran, meningkatkan kesedaran dan tidak menjauhkan diri daripada perbincangan.



"Sambil berinteraksi dengan anggota MNDa dan keluarga mereka, saya lebih memahami mengenai penyakit yang jarang berlaku ini dan bagaimana ia telah merubah kehidupan mereka.



"Sebahagian besar yang hadir ialah ibu bapa, dan kita boleh bayangkan bebas emosi dan fizikal yang mereka lalui sedang mereka menangani keadaan ini sambil memikirkan mengenai masa depan anak-anak mereka.



"Saya gembira MNDa berusaha menyokong individu-individu dengan penyakit motor neuron ini, sambil menjadi saluran bagi perkongsian maklumat dan pengalaman bagi para penjaga," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >