Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Presiden Halimah: Ramadan masa untuk bermuhasabah

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menyampaikan ucap selamatnya kepada semua Muslim menjelang bulan suci Ramadan.



Dalam satu pos di Facebook, Puan Halimah berkata bulan puasa merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam kerana ia merupakan masa untuk bermuhasabah, memperbetulkan salah silap, melakukan amal kebajikan dan memaafkan.



Menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari bukanlah hanya satu ibadah semata-mata, malah ia merupakan cara kita menambahkan sifat belas ihsan terhadap golongan yang memerlukan, berasa rendah hati, belajar bersabar dan menghapuskan tabiat buruk, tulis beliau.



Pada masa yang sama, Puan Halimah mengingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih belum terlerai, malah bertambah buruk di negara-negara lain.



"Syukurlah, kita dapat melakukan beberapa aktiviti yang sudah menjadi lumrah (Ramadan) di sini, meskipun terbatas, misalnya melakukan ibadah di masjid secara terhad.



"Aktiviti lain seperti program di masjid dan membayar zakat boleh dilakukan secara dalam talian.



"Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga di rumah, dan berhubung kembali dengan orang tersayang.



"Sekiranya kita semua terus komited dan memainkan peranan dalam memerangi virus ini, diharapkan kita dapat meneruskan lebih banyak aktiviti pada bulan Ramadan," tambah Puan Halimah.



Sementara itu, beliau berharap bulan puasa tidak akan menghambat masyarakat Islam di sini untuk mendapatkan vaksinasi.



"Sebagaimanaa yang sudah diperjelaskan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), vaksinasi dan ujian swab tidak membatalkan puasa.



"Saya sangat menggalakkan umat Islam untuk mendaftarkan diri untuk mendapat vaksin apabila peluang mereka tiba," tulis beliau.




PESANAN DARI MASAGOS



''Berbeza daripada tahun lepas apabila kita terpaksa menyesuaikan diri kepada perubahan akibat Covid-19 termasuk penutupan semua masjid di bulan Ramadan dan Syawal, tahun ini, kita bersyukur kerana boleh kembali ke masjid untuk solat berjemaah termasuk solat tarawih dan bertadarus walaupun jumlah jemaah terbatas.

Kita juga boleh berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman dalam kumpulan kecil. Ini adalah perkembangan yang sangat baik. Alhamdulillah.

Namun ancaman Covid-19 masih berleluasa. Dari itu, walaupun keadaan sudah bertambah baik, kita mesti tetap berjaga-jaga dengan mengamalkan langkah pengurusan selamat. Dan jika tiba giliran anda untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, jangan berlengah ya. Pejabat Mufti sudahpun memberi nasihat bahawa kita boleh disuntik ketika berpuasa.''


- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >