Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rapatkan hubungan S’pura-M’sia, temu pelbagai lapisan masyarakat

Jun 10, 2023 | 05:30 AM



Masih terdapat potensi besar dalam hubungan dua hala Singapura-Malaysia dan meningkatkan hubungan tersebut hanya akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kuala Lumpur, Encik Vanu Gopala Menon.

Beliau menambah bahawa Lawatan Negara Presiden Halimah Yacob ke Malaysia pada Mac 2023 mencerminkan hubungan rencam tersebut.

Mengulas tentang bagaimana Puan Halimah dalam kapasitinya sebagai Presiden telah meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dengan Malaysia, Encik Menon berkata semasa lawatannya, Puan Halimah telah bertemu dengan pelbagai golongan warga kedua-dua negara – dari kalangan diraja hingga belia – dan membincangkan isu-isu yang meluas.

“Ini adalah cerminan yang baik, bukan sahaja tentang hubungan yang mendalam dan rencam yang kita kongsi dengan Malaysia, tetapi juga bagaimana generasi muda – pemimpin politik, pemimpin perniagaan dan belia – belajar daripada satu sama lain, dan terus membina hubungan istimewa antara dua negara kita,” ujar Encik Menon.

Semasa lawatannya, Puan Halimah telah bertemu Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sultan Perak yang juga Canselor Universiti Malaya, Sultan Nazrin Shah; pemimpin perniagaan dari syarikat Singapura dan Malaysia; pemimpin politik wanita Malaysia dan warga Singapura yang menetap di seberang Tambak.

Beliau juga telah melawat belia-belia di Persatuan Pandu Puteri di sana.

Encik Menon berkata Puan Halimah sering dapat berinteraksi dengan mudah dengan rakan sejawatan asing serta individu-individu yang ditemuinya serta dapat memastikan mereka selesa berinteraksi dengannya.

“Saya dapati Presiden orangnya sangat mesra, ramah dan rendah hati dan ini berdasarkan pengalaman peribadi saya berinteraksi dengan Presiden dalam pelbagai kapasitinya, meski sebelum beliau memegang jawatan tersebut pun.

“Beliau sungguh rajin, teliti dan tahu akan isu-isu terkini. Beliau juga sangat berminat untuk bercakap dengan pegawai daripada semua pangkat, berminat dengan perkembangan kerjaya mereka dan kisah peribadi mereka.

“Ia datang secara semula jadi kepadanya, dan membuatkan seseorang itu rasa selesa,” kata Encik Menon.

Menurutnya lagi, sambutan yang diterima daripada warga Singapura yang bekerja atau belajar di Malaysia ketika lawatan Puan Halimah juga begitu menggalakkan.

Bahkan, seramai hampir 200 tetamu hadir ke acara jamuan bersama Puan Halimah dan para penganjur terpaksa mengadakannya di dewan yang lebih besar serta menambah jumlah makanan yang dihidangkan.

“Ramai warga Singapura yang belajar di universiti-universiti serata Kuala Lumpur datang menaiki kereta beramai-ramai dan sanggup menempuh kesesakan waktu sibuk hanya untuk bertemu Presiden,” tambah Encik Menon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >