Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmi Masjid Darul Ghufran

Apr 20, 2019 | 07:54 PM



PEMBANGUNAN dan kerja naik taraf masjid terbesar di Singapura, Masjid Darul Ghufran, berjaya dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan berkat sokongan padu yang dihulurkan penduduk Tampines serta masyarakat Islam Singapura. 



Menerusi Dana Pembangunan Masjid dan Mendaki (MBMF) juga, usaha pembangunan semula masjid itu dapat dilakukan tanpa meraih sokongan tambahan dari pihak luar mahupun pemerintah.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



Masjid yang awalnya dibuka pada 1990 dan melalui pembangunan semula dengan kos $25 juta itu dirasmikan Presiden Halimah Yacob hari ini. 



Beliau diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Al-Habshee, Encik Masagos, Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa, Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram dan Pengerusi Eksekutif Kanan Darul Ghufran, Encik Abdul Matin Mirza Abdul Majid. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >