Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmikan angkat sumpah lanjut lantikan Hakim Mahkamah Tinggi Lee Seiu Kin

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yaacob telah merasmikan upacara angkat sumpah pelanjutan pelantikan Hakim Lee Seiu Kin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Singapura.



Menulis di Facebooknya, Puan Halimah melahirkan keyakinannya terhadap Hakim Lee.



"Saya yakin beliau akan terus melaksana tugasnya dengan adil dan dengan penuh terhormat," tulis Puan Halimah.



Hakim Lee dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 April 2006.



Beliau Lee bersara pada 29 Januari 2019 dan dilantik semula untuk penggal dua tahun pada 30 Januari 2019. Pelantikan semula beliau dilanjutkan selama setahun lagi pada Januari tahun lalu dan tamat kelmarin, sebelum dilanjutkan lagi.



Bidang tumpuan beliau termasuk pembinaan dan pembinaan kapal, hak pemilik intelektual, pekerjaan dan perkara jenayah.



Hakim Lee ialah Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri serta Persatuan Undang-undang ASEAN (Singapura) dan Lembaga Akademi Undang-Undang Singapura (SAL) Ventures Ltd, sebuah anak syarikat SAL.



Dilahirkan di Malaysia, Hakim Lee mendapat pendidikan awalnya di Institusi St. Paul di Seremban dan kemudian di Maktab Rendah Nasional di sini.



Hakim Lee menuntut dalam bidang undang-undang di Universiti Nasional Singapura di mana beliau meraih sarjana muda undang-undang (kepujian) pada 1986.



Beliau kemudian meraih sarjana undang-undang daripada Universiti Cambridge pada 1987 dan menyertai Perkhidmat Guaman Singapura pada Oktober 1987.



Antara kes yang beliau adili sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ialah kes saman malu melibatkan penulis blog Roy Ngerng yang diarah membayar Perdana Menteri Lee Hsien Loong ganti rugi $150,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >