Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah sambut ketibaan Putera Charles

Nov 01, 2017 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menyambut ketibaan Putera Charles dari Britain, dan isterinya, Cik Camilla, di Istana pagi semalam.



Tiba sekitar 10.30 pagi, putera raja dan isterinya itu disambut dengan upacara beristiadat Istana oleh Puan Halimah dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, termasuk diberi penghormatan memeriksa pasukan kawalan kehormatan Singapura.



Semasa lawatan itu, Putera Charles dan Presiden Halimah mengesahkan lagi hubungan dua hala yang sangat baik antara Singapura dengan Britain dan antara lain membincangkan tentang keharmonian antara kaum, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar.



Pada awal minggu ini, pasangan diraja itu melawat beberapa olahragawan setempat yang menyertai Queen's Baton Relay, yang mengelilingi dunia sebelum Sukan Komanwel 2018.



Di Istana, pasangan diraja itu juga mengunjungi Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching.



Encik Lee dan Putera Charles membincangkan isu-isu serantau dan perubahan iklim, sementara Cik Camilla dijamu teh petang oleh Cik Ho Ching.



Selepas lawatan di Istana, pasangan diraja itu menghadiri majlis meletakkan kalungan di tugu peringatan The Cenotaph di Connaught Drive sebagai tanda penghormatan kepada perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.



Di tugu peringatan peperangan itu, pasangan diraja itu juga bergaul mesra dengan askar-askar veteran dan beberapa pelajar sekolah yang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.



Putera Charles turut mengunjungi Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah, Bishan.



Beliau disambut oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, dan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Di sana Putera Charles turut bertemu pemimpin pelbagai agama di Singapura dan mengadakan dialog dengan mereka berserta beberapa pelajar sekolah dan madrasah.



Setelah itu, Putera Charles menghadiri acara berjalan merentasi TreeTop Walk di Taman Kolam Air MacRitchie, sementara Cik Camilla menghadiri acara literasi Komanwel di Maktab Rendah Temasek.



Pasangan diraja tersebut juga telah diraikan dengan jamuan malam rasmi negara di Istana.



Lawatan yang bermula Isnin lalu itu merupakan lawatan rasmi kedua ke Singapura oleh Putera Charles sejak pertama kali beliau mengunjungi negara ini pada 1979, dan yang pertama bagi Cik Camilla.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >