Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Sana main peranan penting perangi dadah

Kadar residivisme dua tahun bagi kohort pesalah dibebas pada 2019 terendah dalam 30 tahun
Jun 26, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Anti Narkotik Singapura (Sana), sebagai salah satu badan anti narkotik utama negara, telah memainkan peranan penting dalam memerangi dadah di sini, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini termasuk menubuhkan rangkaian masyarakat yang kukuh - terdiri daripada rakan kongsi, relawan dan sebuah pasukan pengurus kes jagaan susulan, atau aftercare - sambil juga menekankan tiga aspek penting dalam usahanya iaitu pendidikan pencegahan dadah, sokongan jagaan susul bagi pesalah dadah yang beransur pulih, dan kerja advokasi bagi pendekatan Singapura dalam mencegah bahaya dadah di platform antarabangsa.



Puan Halimah, yang merupakan penaung Sana, hadir memeriahkan sambutan ulang tahun ke-50 badan itu di NTU@One-North di Buona Vista semalam. Dalam ucapannya pagi semalam, beliau berkata:



"Sana telah melangkah jauh sejak penubuhannya pada tahun 1972. Pada tahun 1970-an, budaya 'hippie' membawa kepada penyalahgunaan ganja dan heroin yang berleluasa di Singapura, khususnya di kalangan golongan muda.



"Sana ditubuhkan pada Ogos 1972 untuk melengkapi kerja Biro Narkotik Berpusat, terutamanya dalam mendidik orang awam mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan menyediakan pesalah beransur pilih khidmat kaunseling dan jagaan usul.



"Singapura sejauh ini berjaya mengawal keadaan penyalahgunaan dadahnya dan mengurangkan bilangan pesalah yang membuat kesalahan semula."



Kadar residivisme dua tahun negara bagi kohort pesalah yang dibebaskan pada 2019 adalah yang terendah dalam 30 tahun, iaitu 20 peratus.



Kadar residivisme bererti kadar berulang pesalah kembali ditahan.



"Tidak dinafikan bahawa Sana memainkan peranan penting dalam usaha ini," tambah beliau.



Puan Halimah berkata Sana telah berhasil dalam mendidik orang ramai mengenai pencegahan dadah melalui kempen dan program bimbingan kendalian bekas pesalah.



Beliau juga mengiktiraf sumbangan Sana dalam menyediakan program pemulihan dan integrasi semula untuk bekas pesalah, serta menyokong keluarga mereka.



Sana, yang memulakan program itu pada 1977, berjaya mengambil, melatih dan mengerahkan 1,000 pegawai jagaan susul secara sukarelawa dalam tempoh kurang lima bulan. Sejak itu, ia terus menyediakan sokongan jagaan susul untuk membantu integrasi semula bekas pesalah menerusi Kumpulan Sukarelawan Agama Sana dan program Pendamping Sana.



Selain itu, usaha advokasi Sana di platfrom antarabangsa turut penting dalam menegaskan pendekatan Singapura untuk menjadi negara yang bebas dadah.



Dengan lebih banyak negara kini henti melihat penggunaan dadah sebagai satu jenayah dan meluluskan dadah seperti kanabis untuk kegunaan rekreasi, Puan Halimah berkata Sana memegang peranan penting dalam perbincangan antarabangsa mengenai dadah.



"Sana telah membentuk profil antarabangsa yang kukuh, menjadi ahli Persekutuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa bagi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan sejak 1981 dan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai persidangan serantau dan antarabangsa.



"Melalui kerja advokasi antarabangsanya, Sana telah dapat menjelaskan kepentingan pendekatan Singapura dalam menjauhi dadah dan berkongsi aspirasi Sana untuk Singapura menjadi bebas dadah dengan khalayak antarabangsa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >