Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah serikan konsert NDP di Taman di Persisiran

Jul 21, 2020 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh menikmati satu konsert khas hasil kerjasama Taman Di Persisiran dan Mediacorp dari kaca televisyen di rumah masing-masing sempena Hari Kebangsaan pada 10 Ogos ini.



Selain menampilkan bakat tanah air terkemuka, konsert itu juga akan diserikan oleh penampilan Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.



Menurut satu kenyataan bersama Taman Di Persisiran dan Mediacorp semalam, konsert tersebut bertujuan menyambut ulang tahun ke-55 negara ini serta kekuatan dan ketabahan Singapura mengatasi pandemik Covid-19.



Konsert itu juga bertujuan menyatukan masyarakat menerusi satu wadah hiburan yang menekankan semangat kekitaan.



Dengan persembahan yang dirakam di pelbagai tempat di Taman Di Persisiran itu termasuk Supertree, Flower Dome dan Cloud Forest, konsert itu akan disiarkan di Channel 5, meWATCH dan meWATCH di YouTube dari 8 hingga 9 malam pada 10 Ogos.



Meskipun Singapura masih berdepan dengan Covid-19, Puan Halimah berkata beliau gembira Taman Di Persisiran dan Mediacorp kekal komited menyampaikan konsert Hari Kebangsaan itu buat warga Singapura.



"Saya harap konsert tahun ini akan memberi galakan serta menyatukan pelbagai masyarakat bersama sebagai satu rakyat menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya.



Tambahnya, muzik juga boleh menaikkan semangat masyarakat dan memupuk rasa kekitaan dalam masa yang mencabar ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Taman Di Persisiran Felix Loh berkata konsert Hari Kebangsaan yang mereka anjurkan buat kali pertama tahun lalu mendapat sambutan hebat, dengan 60,000 penonton.



Dengan keadaan luar biasa tahun ini, mereka tidak dapat mengadakan konsert fizikal seperti tahun lalu.



"Namun ini tidak menghambat rakan kerja dari kedua-dua pertubuhan menyampaikan sambutan nasional ini ke hati, minda dan tempat tinggal warga Singapura.



"Sebagai taman nasional, Taman Di Persisiran bukan sahaja menyediakan ruang hijau bagi orang ramai bersantai dan beriadah... tetapi juga bertujuan menyatukan orang ramai," kata Encik Soh.



Tambahnya, perpaduan sosial ini harus diteruskan walau apa pun.



CEO Mediacorp Tham Loke Kheng juga berkata mereka gembira dapat memaparkan kepelbagaian bakat setempat menerusi kerjasama itu buat kali kedua.



Dihoskan Jean Danker, konsert itu juga akan menampilkan pelbagai artis termasuk Nathan Hartono, Taufik Batisah, Yung Raja, Inch Chua, Kumar, Gurmit Singh dan Suhaimi Yusof.



Konsert itu akan juga menampilkan persembahan lagu Home oleh Puan Halimah dan Encik Mohamed Abdullah, dengan diiringi artis yang membuat persembahan dalam konsert itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >