SEKITAR PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA
Presiden Halimah sertai jemaah di Masjid Jamae Chulia
Aug 12, 2019 | 05:30 AM
PRESIDEN Halimah Yacob semalam telah menyertai lebih 1,200 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Jamae Chulia - masjid tertua di Singapura.
Beliau turut disertai Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Hj Mohd Alami Musa dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood.