Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah sampaikan ijazah Doktor Kehormat pada Sultan Johor

Jul 21, 2022 | 08:21 AM

PRESIDEN Halimah Yacob menyampaikan ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Nasional Singapura (NUS), kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu (20 Julai).

Menyampaikan ijazah tersebut sebagai Canselor NUS, Presiden Halimah dalam catatannya di Facebook berkata SIngapura dan Malaysia adalah jiran yang rapat dengan kededua rakyat Singapura dan penduduk Johor khususnya berkongsi ikatan dan hubungan yang mendalam.

"Jumlah trafik yang menyeberangi sempadan darat kita setiap hari mencerminkan hakikat ini. 

"Ada banyak lagi bidang di mana Singapura dan Johor boleh bekerjsama," ujar Puan Halimah. 

Sultan Ibrahim berada di Singapura dalam rangka lawatan rasminya yang berakhir Jumaat (22 Julai) ini.

Dalam pertemuannya dengan Sultan Ibrahim, Presiden Halimah juga sempat bertemu dengan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3