Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: SG pastikan akses pendidikan berterusan dalam Covid-19

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA telah memastikan akses berterusan kepada pendidikan walaupun di tengah-tengah pandemik dan menyediakan sokongan tambahan bagi pelajar aliran utama, sekolah pendidikan khas dan Insitut Pengajian Tinggi, kata Presiden Halimah Yacob semalam.



Malah, pandemik ini mempercepat penggunaan dan kecekapan dalam memanfaatkan teknologi bagi mempertingkat pembelajaran, katanya dalam ucapan di peringkat akhir TCS Sustainathon Singapore 2021, acara pelajar menghasilkan idea bagi menghuraikan isu dunia menerusi teknologi.



Puan Halimah berkata kesejahteraan sosio-ekonomi sebuah masyarakat berkait rapat dengan tahap kecelikan dan pendidikannya.



"Dan ia tiada beza di Singapura, di mana kemajuan ekonomi dan kemampuan kita menutup jurang kemiskinan dalam beberapa dekad lalu adalah kerana kita berjaya dalam usaha menyediakan pendidikan bermutu bagi rakyat," ujar beliau.



Salah satu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ialah memastikan pendidikan bermutu yang saksama dan inklusif serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat buat semua.



Namun, Puan Halimah berkata, Covid-19 menunjukkan masih ada jurang besar dalam kemampuan kolektif untuk mencapai matlamat itu.



Menukil perangkaan PBB, beliau berkata di Asean lebih 152 juta kanak-kanak dan belia terjejas oleh penutupan sekolah akibat pandemik itu, dengan 27 peratus daripada kanak-kanak itu tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam pembelajaran dalam talian.



Namun Singapura memastikan akses kepada pendidikan berterusan.



Contohnya, pelajar tidak dapat menjalankan pembelajaran di rumah (HBL) dalam sekitaran kondusif sepanjang tempoh pemutus litar jangkitan boleh kembali ke sekolah dan belajar di bawah bimbingan kakitangan sekolah.



Sekolah juga memastikan semua pelajar mempunyai akses kepada komputer dan Internet. Tahun lalu lebih 17,000 alat pengkomputeran dan 800 alat membolehkan Internet dipinjamkan kepada pelajar kekurangan akses digital, menurut Puan Halimah



Pandemik ini, tambah beliau, telah mempercepat kecekapan Singapura dalam menggunakan teknologi untuk mempertingkat pembelajaran.



"Adalah penting sekali kita membina lagi di atas pencapaian ini, dan menimbangkan apakah agaknya masa depan pendidikan buat generasi lebih muda kita," ujarnya.



Presiden Halimah berkata peristiwa dunia sepanjang dua tahun lalu semakin menunjukkan bahawa inovasi digital akan terus menjadi pendorong perubahan yang membolehkan huraian isu berbeza.



"Begitu juga, kita boleh mengatasi beberapa cabaran yang dihadapi pelajar atau guru kita di Singapura hari ini, dengan memanfaatkan sepenuhnya kuasa teknologi seperti kecerdasan buatan (AI)," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >