Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: SG sedia kerjasama dengan UAE capai pelan mampan

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bersedia bekerjasama dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan rakan lain di rantau Timur Tengah dalam mencapai matlamat pelan kemampanan masing-masing.



Berkata demikian dalam ucaptamanya secara maya di Minggu Kelestarian Abu Dhabi semalam, Presiden Halimah Yacob berkata negara ini juga komited melaksana Pelan Hijau Singapura 2030 untuk mencapai aspirasi berkaitan pelepasan sifar bersih.



Mengenai kerjasama negara ini dengan rakan lain, beliau berkata di bawah rangka kerja Perkongsian Komprehensif Singapura-UAE yang ditandatangani semasa lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, ke Singapura pada 2019, Singapura berminat bekerjasama dengan UAE dalam meningkatkan kebolehlaksanaan teknikal dan penubuhan rantaian bekalan hidrogen karbon rendah.



Singapura dan UAE juga akan meningkatkan Memorandum Persefahaman (MOU) dua hala antara dua negara ini berkaitan Perlindungan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk menyertakan keselamatan makanan dan air.



"Ini berdasarkan kerjasama kita yang telah lama terjalin dan mencerminkan pengiktirafan bersama kita tentang cabaran mendatang," ujar Presiden Halimah.



Mengongsi pula rancangan Singapura dalam pelan kemampanan, Puan Halimah berkata pada Februari tahun lalu, negara ini melancarkan Pelan Hijau 2030.



"Ia dibina atas usaha kemampanan dekad sebelumnya, dengan mengambil kira keadaan Singapura yang unik dan kerentanan alam sekitar," ujarnya.



Beliau menambah bahawa Pelan Hijau itu merupakan pelan hala tuju bagi pembangunan mampan, dan membantu Singapura mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih melalui rancangan dan sasaran konkrit dalam lima bidang - Bandar dalam Alam Sekitar; Penetapan Semula Tenaga; Kelestarian Kehidupan; Ekonomi Hijau; dan Masa Depan Berdaya Tahan.



Sejak pelancaran Pelan Hijau 2030 itu, katanya, terdapat sokongan penuh semangat rakyat Singapura untuk mengubah cara hidup, bekerja dan beriadah demi mencipta masa depan lebih mampan, rendah karbon dan berdaya tahan iklim.



Puan Halimah berkata memandangkan besarnya anjakan yang dijangka, inovasi dan teknologi baru akan menjadi kritikal.



"Oleh itu Singapura banyak melabur dalam teknologi, infrastruktur dan penyelidikan.



"Bidang utama termasuklah penyahgaraman tenaga rendah; pengeluaran makanan bandar cekap sumber; bahan tenaga bersih; dan teknologi pengambilan, penggunaan dan penyimpanan karbon (sebelum ia memasuki atmosfera)," kata beliau lagi.



Puan Halimah mengongsi bahawa Singapura juga sedang bekerjasama dengan syarikat untuk menghijaukan operasinya, di samping mengubah Pulau Jurong - sebuah hab petrokimia - menjadi taman bahan tenaga dan kimia mampan.



Pada masa sama, negara ini selalu menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim dengan membangunkan huraian berasaskan alam semula jadi bagi mengurangkan peningkatan suhu bandar, mereka bentuk huraian saliran baru untuk meningkatkan daya tahan banjir, serta membina ladang berteknologi tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >