Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah sokong cadangan pamer bendera S’pura

Apr 25, 2020 | 02:12 PM



WARGA Singapura kini boleh mempamerkan bendera negara sehingga September selepas pemerintah melonggarkan peraturannya.



Ini setelah ramai di kalangan warga setempat telah meminta untuk dibenarkan mempamerkan bendera negara, yang biasanya hanya dipamerkan di seluruh negara sewaktu Hari Kebangsaan, sebagai simbol perpaduan, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Dalam satu catatan di Facebook hari ini (25 April), Puan Halimah berkata beliau telah memberi sokongannya terhadap usulan tersebut dan gembira dengan semangat yang ditunjukkan itu.



“Hari-hari yang bakal datang, akan mencabar buat sementara waktu, sementara kita menangani Covid-19. Namun saya yakin dengan keberanian dan ketabahan bersama ini, kita mampu mengharunginya bersama.



“Seperti yang berlaku pada tahun-tahun awal kemerdekaan kita, saya yakin bendera kita akan memberi inspirasi untuk kita melakukan yang terbaik lagi,” kata Puan Halimah.



Setiap organisasi dan isi rumah boleh mempamerkan bendera di bangunan pejabat atau luar rumah masing-masing, namun MCCY menasihatkan agar bendera dikibarkan dan dipasang dengan penuh rasa hormat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >