Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: S'pura boleh menjadi tuan rumah dialog harmoni silang agama antarabangsa peringkat tinggi pada 2019

Jul 14, 2018 | 09:23 PM



Singapura boleh menjadi tuan rumah dialog antarabangsa peringkat tinggi yang menumpukan keharmonian antara agama se awal tahun depan, jika idea yang dicetuskan  Presiden Halimah Yacob terlaksana.



Bercakap kepada pemberita pada Sabtu (14 Julai), Presiden Halimah berkata beliau bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah di sini mengenai butiran dialog yang disarankan. Beliau berharap ia akan berada pada tahap dan mempunyai pengiktirafan yang sama seperti Dialog Shangri-La tahunan mengenai isu keselamatan.



"Sedang kita meraikan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sesuatu yang baik bagi kita, di banyak negara lain ia dianggap sebagai sukar, sumber konflik," katanya ketika ditemui di Malam Keharmonian Silang Kaum Silang Agama ke-15.



"Apa yang perlu kita lakukan adalah melihat bagaimana kita boleh berkongsi pemahaman ini dan itulah sebabnya saya telah mencadangkan kita mengadakan persidangan peringkat tinggi merangkumi bukan sahaja Singapura malah bahagian lain di dunia."



Ketika ditanya bila dialog itu boleh diadakan, Presiden Halimah berkata beliau berharap ia dapat dianjurkan  "mungkin tahun depan".



Pada Mei tahun ini, Presiden Halimah telah mencetuskan idea mengadakan dialog peringkat tinggi mengenai keharmonian antara agama serupa dengan Dialog Shangri-La tahunan, dengan para pemimpin pemerintah, ketua tentera dan pakar dari Asia-Pasifik membincangkan keselamatan terkini dan perkara pertahanan.



Beliau berkata ia akan menjadi "benar-benar bermakna" dapat mengadakan dialog antara agama dengan tahap prestij dan status yang serupa.



Semalam beliau mengulangi bahawa keharmonian kaum dan agama Singapura tidak berlaku secara kebetulan tetapi dihasilkan melalui  banyak dasar dan amalan yang progresif, dan keharmonian itu  harus sentiasa diperluas untuk merangkul masyarakat lebih luas.



"Kita tidak harus melihat keharmonian kaum dan agama sebagai sumber untuk mengelakkan ekstremisme, tetapi kita harus melihatnya sebagai satu cara untuk membangunkan manusia menghormati dan menerima satu sama lain, menyumbang kepada peningkatan kemanusiaan," kata Presiden Halimah.



Beliau adalah tetamu terhormat di yang diadakan di Dewan Ekspo Singapura 7, yang menandakan kepentingan keharmonian kaum dan agama di sini.



Lebih 2,200 warga Singapura dan warga baru hadir, di samping duta dan diplomat asing dari 18 negara.



Di majlis yang memaparkan pelbagai pertunjukan kebudayaan, Presiden Halimah menandatangani 15 jigsaw yang akan diberikan kepada 15 kementerian di Singapura, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka terhadap keharmonian kaum dan agama.



Acara itu dianjurkan oleh Moral Society Thye Hua Kwan dan tujuh rakan kongsi lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >