Presiden Halimah tekankan keperluan sekolah adakan program sokongan bantu pelajar berisiko, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

BERITA

Presiden Halimah tekankan keperluan sekolah adakan program sokongan bantu pelajar berisiko

Feb 26, 2021 | 05:30 AM

ADALAH penting sekolah terus menyokong pelajar mudah terjejas dan berisiko menerusi program sokongan bagi membantu mereka dalam pembelajaran dan mewujudkan suasana inklusif, kata Presiden Halimah Yacob sewaktu kunjungannya ke Sekolah Menengah Bukit Merah semalam.

Dengan satu dalam empat pelajarnya di bawah skim bantuan kewangan dan lebih 60 peratus daripada mereka dalam aliran Normal, sekolah itu sedar tentang peri perlu memenuhi keperluan pembelajaran yang pelbagai dan menangani keadaan sosio-emosi berbeza-beza.

Sekolah itu menggunakan pendekatan berperingkat bagi menyokong pelajar menerusi beberapa program yang memenuhi keperluan pembelajaran pelajar berisiko.

Contohnya, program 'Sekolah dalam Sekolah' menyokong pelajar bakal tamat persekolahan yang menghadapi kesukaran dalam bidang akademik mereka dengan meletakkan mereka dalam kelas khas yang nisbah guru dengan pelajar lebih rendah dan kurikulumnya disesuaikan mengikut keperluan murid.

Mengulas bagaimana program seperti itu amat baik, Puan Halimah berkata sekolah memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran pelajar.

Berita Popular

Dalam proses itu, perlu diakui bahawa terdapat perkara berkenaan emosi dan keadaan sosial pelajar yang menjejas kebolehan mereka belajar dengan berkesan, ujar beliau.

"Saya amat gembira dengan program-program yang diadakan Sekolah Menengah Bukit Merah di mana mereka mengambil kira keadaan emosi, suasana di rumah pelajar mereka," kata Puan Halimah, sambil menambah kadangkala isu tersebut mengakibatkan pelajar tidak datang ke sekolah atau mempunyai masalah lain.

Semasa lawatan itu, Puan Halimah turut merasmikan sebuah pusat kegiatan selepas waktu sekolah - The Galaxy - yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh pelajar buat pelajar bagi menyediakan mereka sekitaran selamat dan kondusif.

Ini diikuti dialog bersama beberapa pelajar daripada program sokongan lain di sekolah itu, Program Bring U to School (BUS), program Helping our Merahans Excel (HoME) serta Program Merahan Berdaya Tahan (RMP).

"Secara keseluruhannya, usaha membantu pelajar yang tidak datang daripada keluarga yang dapat memberi banyak sokongan mempunyai masalah lain, seperti bermotivasi rendah untuk datang ke sekolah.

"Program-program yang diadakan memanglah amat baik untuk menyokong mereka.

"Kita harus mengadakan program-program seperti itu di sekolah supaya kita mewujudkan suasana inklusif dan menyokong pelajar memerlukan.

"Jadi dengan adanya suasana inklusif, pelajar dapat menamatkan persekolahan mereka dengan baik dan kita membina sebuah masyarakat inklusif juga," ujar Puan Halimah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map