Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah temui Presiden Moon Jae-in semasa lawatan ke Seoul

May 09, 2022 | 06:46 PM





PRESIDEN Halimah Yacob menemui Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, pada hari pertama lawatannya ke Seoul pada Isnin (9 Mei).



Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menegaskan semula hubungan mesra dan lama antara kedua-dua negara, yang telah mengekalkan momentum positif di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (9 Mei).


Kedua-dua pemimpin gembira bahawa rundingan mengenai Perjanjian Kerjasama Digital Korea-Singapura dimuktamadkan tahun lalu dan mereka menantikan pemeteraian awal.



Puan Halimah mengalu-alukan usaha Korea Selatan untuk mengukuhkan lagi dan memperdalam kerjasamanya dengan ASEAN, yang telah mencapai kemajuan baik di bawah Dasar Selatan Baru Plus Encik Moon.



Mereka setuju bahawa ASEAN dan Korea Selatan harus bekerjasama rapat dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, ekonomi digital, teknologi hijau dan pertukaran antara rakyat.



Puan Halimah dan Encik Moon turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk keadaan di Semenanjung Korea.



Puan Halimah berkata bahawa Singapura akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mendorong keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.



Puan Halimah berada di Seoul dari hari ini (9 Mei) hingga Rabu (11 Mei) atas undangan Presiden Korea Selatan yang dilantik, Encik Yoon Suk-yeol.



Puan Halimah akan menghadiri majlis perasmian Encik Yoon pada Selasa (10 Mei).



Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan dan menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh presiden Korea Selatan baru itu.



Puan Halimah juga dijangka menemui anggota masyarakat perniagaan Singapura di Seoul semasa kunjungannya itu.



Semasa lawatan itu, Puan Halimah diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, serta pegawai Istana dan MFA lain.



Puan Halimah merupakan salah seorang pemimpin luar negara yang diundang Encik Yoon bagi menghadiri majlis perasmian tersebut.



Encik Yoon baru-baru ini telah dipilih sebagai presiden baru Korea Selatan dalam satu persaingan amat sengit dalam pilihan raya presiden negara itu.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >