Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah terima anugerah Darjah Utama Abdulaziz Saud

* Pemimpin pertama Singapura diberi anugerah awam tertinggi itu * Puan Halimah turut temu Raja Saudi
Nov 07, 2019 | 05:30 AM



RIYADH, ARAB SAUDI: Presiden Halimah Yacob semalam menerima Darjah Utama Abdulaziz Saud daripada Raja Salman Abdulaziz Al Saud, anugerah awam tertinggi di Arab Saudi.



Puan Halimah ialah pemimpin pertama Singapura yang diberikan anugerah ini.



Singapura juga menerima undangan Raja Salman untuk menghadiri sidang puncak G20 yang akan diadakan di Riyadh dari 21 hingga 22 November tahun depan.



Semalam, Puan Halimah mengadakan pertemuan dengan Raja Salman di Istana Al Yamamah dengan kedua-dua pemimpin itu mengesahkan hubungan mesra berpanjangan antara Singapura dengan Saudi.



Mereka juga berbincang tentang peluang meluaskan kerjasama, termasuk menerusi sokongan Singapura bagi projek ekonomi Wawasan 2030 Arab Saudi dan kepimpinan Saudi di G20 bagi tahun depan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam.



Puan Halimah, yang ditemani suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, turut menghadiri jamuan yang diadakan khas buat beliau



Sebelum bertemu Raja Salman, Puan Halimah telah bertemu Gabenor Riyadh, Putera Faisal Bandar, yang juga Penasihat kepada Raja, di Istana Raja Saud.



Kededua pemimpin itu berbincang tentang peluang kerjasama antara Singapura dengan Riyadh, kata MFA.



Setibanya di Riyadh kelmarin, Puan Halimah disambut dengan penuh istiadat di Terminal Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled.



Lagu kebangsaan Majulah Singapura berkumandang, dengan pasukan kawalan tentera Saudi memberi tabik senjata kepada Puan Halimah - ketua negara pertama dari Singapura mengadakan lawatan negara ke Saudi.



Semalam, Puan Halimah mengakhiri kunjungannya ke Riyadh dengan melawat Muzium Negara.



Beliau dijadual berangkat ke Jeddah hari ini dan bakal mengadakan pertemuan dengan Gabenor Makkah, Putera Khalid Faisal.



Menyusuli pertemuan itu, Puan Halimah akan mengadakan pertemuan pula dengan dua kumpulan warga Singapura - rombongan peniaga yang mewakili rombongan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang mengiringi Presiden, dan masyarakat warga Singapura di Saudi.



Beliau juga akan mengunjungi kawasan bersejarah di Al-Balad, yang pada 2014 diterima Unesco sebagai tapak warisan dunia yang perlu dipelihara.



Esok, Puan Halimah dijadual meneruskan mengunjungi Makkah, dengan beliau akan menziarahi beberapa tempat bersejarah.



Puan Halimah sedang mengadakan lawatan negara enam hari ke Timur Tengah - kali pertama beliau berbuat demikian sejak menjadi Presiden.



Sebelum ke Saudi, beliau telah melawat Kuwait, di mana beliau bertemu Amir Kuwait, Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah.



Turut menyertai rombongan Presiden ke Timur Tengah kali ini ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Di Kuwait, Puan Halimah dan Encik Masagos telah bertemu pelajar Singapura yang menuntut di sana.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, turut menemui Menteri Minyak merangkap Elektrik dan Air Kuwait, Dr Khaled Al Fadhel.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >