Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah terima suntikan penggalak

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menerima suntikan penggalak vaksin Covid-19 semalam, dan menggesa warga emas agar mendapatkan suntikan tersebut apabila ditawarkan kelak.



“Warga emas merupakan kumpulan paling mudah terjejas dalam perjuangan kita terhadap pandemik, khususnya memandangkan terdapat lebih banyak kes masyarakat baru-baru ini.



“Justeru penting bagi mereka untuk mendapatkan suntikan penggalak itu bagi perlindungan lebih tinggi terhadap virus Covid-19,” ujar Puan Halimah dalam satu kiriman di Facebook.



Beliau menggesa warga emas agar mendapatkan suntikan penggalak yang akan memberi perlindungan bagi tempoh lebih panjang dan mengurangkan kemungkinan mereka sakit teruk akibat Covid- 19.



“Jika anda mempunyai anggota keluarga berusia 60 tahun dan ke atas, galakkan mereka untuk dapatkan (suntikan) ‘booster’ itu dengan segera.



“Marilah kita menjaga keselamatan dan kekal berwaspada sedang kita berusaha ke arah negara yang berdaya tahan terhadap Covid-19,” kata Puan Halimah, 67 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >