Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah tiba di Indonesia bagi lawatan negara

Feb 03, 2020 | 07:05 PM



JAKARTA: Presiden Halimah Yacob selamat tiba di Indonesia petang tadi (3 Februari) untuk memulakan lawatan negara empat hari.



Lawatan beliau ini atas undangan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo dan kedua-dua pemimpin negara dijadualkan bertemu esok di Istana Bogor. 



Ketibaannya disambut oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Encik Agus Gumiwang Kartasasmita di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.



Puan Halimah sedang mengadakan lawatan negara ke Indonesia dari 3 hingga 6 Februari buat julung-julung kali. 



Selain Jakarta, beliau juga akan mengunjungi Yogyakarta sebelum berangkat pulang.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kedua-dua pemimpin itu menekankan lagi hubungan mesra dan jangka panjang antara Singapura dengan Indonesia dalam pertemuan itu.



“Lawatan ini akan mengesahkan hubungan luas, substantif dan saling memanfaatkan antara Singapura dan Indonesia,” kata MFA.



Puan Halimah, yang diiringi suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, juga menghadiri jamuan tengah hari negara di Istana Bogor yang diadakan khas baginya.



Di samping itu, beliau juga akan bertemu dengan Naib Presiden Ma’ruf Amin ketika di Jakarta. 



Di sebelah malam pula, Puan Halimah juga dijadual menemui masyarakat Singapura yang menetap di Indonesia dan pemimpin perniagaan dari Singapura dan Indonesia di majlis jamuan khas di Hotel Shangri-La Jakarta.



Selepas melawat Jakarta, Puan Halimah dijadual meneruskan lawatan ke Yogyakarta di mana beliau akan bertemu dan bermakan malam dengan Gabenor Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X.



Turut menyertai rombongannya ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; Menteri Negara (Sosial dan Pembangunan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Sam Tan; Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan, Encik Saktiandi Supaat dan Encik Ang Wei Neng.  



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >