Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah tiba di Kuwait bagi lawatan negara

Nov 03, 2019 | 06:12 PM



BAYAN (Kuwait City): Presiden Halimah Yacob disambut dengan penuh istiadat setibanya di Istana Bayan di Kuwait pada Ahad (3 November)  untuk memulakan lawatan negara dua hari.



Beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Amir Kuwait Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah di Istana Bayan - tempat kediaman rasmi Amir Kuwait.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kededua pemimpin itu menekankan lagi hubungan mesra dan jangka panjang antara Singapura dengan Kuwait dalam pertemuan itu. 



"Kededua pemimpin juga bertukar pandangan tentang perkembangan rantau dan dunia," kata MFA.



Puan Halimah juga bertemu dengan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Al Mubarak Al Hamad Al Sabah dan Timbalan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Sabah Khalid Al Hamad Al Sabah.



Menurut MFA kededua pihak berbincang tentang kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dan melahirkan harapan memperluas kerjasama dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan sekitaran.



Puan Halimah, yang diiringi suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee,  juga menghadiri jamuan tengah hari negara di Istana Bayan yang diadakan khas baginya.



Di sebelah malam nanti, Puan Halimah juga dijadual menemui pelajar Singapura dari Sekolah Tinggi Al Mahad Al Dini dan Universiti Kuwait, di majlis jamuan khas di Hotel Sheraton Kuwait. 



Puan Halimah sedang mengadakan lawatan negara ke dua negara di Timur Tengah dari 3 hingga 8 November buat julung-julung kali



Selepas melawat Kuwait, Puan Halimah dijadual meneruskan lawatan negara ke Arab Saudi.



Turut menyertai rombongannya ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >