Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Tingkat kesedaran kesihatan mental

Oct 18, 2020 | 05:30 AM



KESEDARAN dan pemahaman mengenai kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Melayu masih lagi rendah, justeru penting bagi perjuangan untuk menyebarkan mesej berkenaan isu-isu kesihatan mental disokong dan diluaskan.



Dalam berkata demikian, Presiden Halimah Yacob akur banyak yang telah diusahakan bukan hanya untukmeningkatkan kesedaran dan pemahaman ramai mengenai kesihatan mental, malah dalam memudahkan akses kepada bantuan dan sokongan bagi mereka yang mengalami masalah mental.



"Namun begitu, masih banyak lagi perlu dilakukan. Ini merupakan usaha yang berterusan, terutamanya semasa tempoh penularan virus Covid-19 di mana ia telah menimbulkan tekanan dan kebimbangan disebabkan masa hadapan yang tidak menentu," ujar beliau, yang juga merupakan Ketua Penaung, Kelab Heal.



Presiden Halimah berkata demikian semasa acara pelancaran buku serta perbincangan dalam talian mengenai kesihatan mental di Kelab Heal, di Bukit Batok Ave 4, semalam.



Buku yang bertajuk 'Patience and Gratitude - Stories of Healing' itu ditulis oleh bekas wartawan The Straits Times dan kakitangan Kelab Heal, Cik Yohanna Abdullah.



Acara tersebut merupakan sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Kelab Heal dalam usaha untuk mendidik masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan kesejahteraan, sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental bulan ini.



Turut hadir di acara itu ialah Setiausaha Parlimen (Kesihatan) dan Anggota Parlimen Jurong GRC Cik Rahayu Mahzam.



Dalam pada itu, Cik Yohanna, yang mengalami gangguan bipolar sejak 1998, berkata beliau menggunakan buku tersebut sebagai wadah berkongsi pengalamannya serta rakan-rakannya yang menghadapi masalah kesihatan mental.



"Dalam buku ini, ia menceritakan bagaimana kita harus tetap bersabar dan bersyukur dengan sokongan yang diterima semasa mengharungi masalah ini.



"Saya memutuskan menulis buku ini untuk merakam perjalanan serta pemulihan kami," katanya.



"Selain daripada pesakit mental, keluarga juga memainkan peranan penting dalam membantu kami dalam perjalanan pemulihan ini.



"Rakan-rakan serta masyarakat secara keseluruhan juga perlu mempunyai perasaan simpati dan memberi mereka yang bergelut dengan masalah kesihatan mental peluang untuk berdikari," tambah Cik Yohanna.



Ditemui Berita Minggu (BM) selepas acara itu, Cik Rahayu mengalu-alukan usaha yang dijalankan Kelab Heal untuk terus meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, terutamnya sepanjang tempoh Covid-19.



Menurutnya, usaha tersebut penting bagi melengkapi program-program yang dijalankan pemerintah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental.



"Usaha seperti ini adalah mencabar, tetapi ia harus terus dilakukan dan pemerintah juga akan menyokong dengan program-program yang kami jalankan.



"Seperti dikatakan oleh Presiden, kita perlu memperluaskan usaha ini kerana penting untuk kita membina daya tahan masyarakat dalam berdepan dengan isu kesihatan mental," ujarnya.



'Patience and Gratitude - Stories of Healing' tersedia dalam bentuk buku-elektronik pada harga $4.95 dan $16.95 untuk buku fizikal.



Ia boleh didapati di Amazon.com, barnsandnoble.com atau melalui laman web Kelab Heal.



Laporan lanjut: Bantu mereka yang alami isu mental selepas gangguan serupa diatasi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >