Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Titik perubahan ketara dalam perlajanan Covid-19 S’pura

Mar 24, 2022 | 06:00 PM



MENYUSULI pengumuman perubahan kepada langkah pengurusan selamat di Singapura oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pagi ini, Presiden Halimah Yaacob berkata ia menandakan titik perubahan yang ketara dalam perjalanan Covid-19 Singapura.



Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah menambah bahawa pemerintah telah memperkenalkan langkah-langkah yang berjaya menyelamatkan nyawa dan mata pencarian sepanjang dua tahun yang lalu.



“Pengumuman ini akan membantu beberapa industri kami yang paling teruk terjejas untuk pulih, seperti sektor makanan dan minuman (F&B) dan penerbangan,” ujarnya.



Puan Halimah juga turut berterima kasih kepada pekerja kesihatan Singapura yang telah membantu membawa “kadar kematian Singapura akibat Covid-19 kekal sebagai antara yang terendah di dunia”.



Selain itu, Puan Halimah berpandangan bahawa perubahan ini tidak akan berlaku tanpa usaha semua orang.



“Kita sampai ke tahap ini dengan ketabahan dan kerjasama daripada semua orang.



“Mari kita lakukan bahagian kita supaya kita boleh meneruskan trajektori ini,” katanya.



Bermula 29 Mac, orang ramai boleh berkumpul dalam kumpulan hingga 10 orang dan tidak wajib memakai pelitup semasa berada di luar bangunan.



Pemerintah juga akan membenarkan hingga 75 peratus daripada pekerja yang boleh bekerja dari rumah untuk kembali ke tempat kerja mereka dan menaikkan had kapasiti bagi acara yang lebih besar dengan lebih 1,000 hadirin hingga 75 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >