PRESIDEN Halimah Yacob telah mengucapkan tahniah kepada Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Jaber Al Sabah di atas pelantikan beliau sebagai Amir Kuwait.
Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (12 Okt), dalam suratnya, Puan Halimah berkata: "Anda telah mengabdikan kehidupan anda dalam perkhidmatan kepada rakyat Kuwait. Kerjaya cemerlang anda dalam pejabat awam meletakkan anda dalam keadaan baik untuk mengemudi negara anda melalui masa-masa yang mencabar yang sedang kita lalui. Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda yang bijak, Kuwait akan terus berkembang dan maju."
Sedang Singapura dan Kuwait meraikan 35 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini, Presiden Halimah berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Sheikh Nawaf untuk merealisasikan potensi penuh hubungan dua hala mereka.
"Sebagai negara kecil, banyak yang dapat kedua-dua negara kita pelajari daripada satu sama lain," kata Puan Halimah.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Presiden Halimah ucap tahniah kepada Amir baru Kuwait
Oct 12, 2020 | 05:22 PM