Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Setempat

Presiden Halimah ucap takziah kepada keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, rakam penghargaan kepada pasukan penjagaan kesihatan

Mar 21, 2020 | 04:30 PM

PRESIDEN Halimah Yacob merakamkan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan yang telah bekerja keras menjaga dua pesakit Covid-19 yang meninggal dunia hari ini (21 Mac).

Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua pesakit yang terkorban itu.

“Mereka (pekerja penjagaan kesihatan) tidak harus rasa putus asa kerana mereka telah melakukan yang terbaik dan ini telah membolehkan ramai pesakit lain yang dijangkiti pulih dan kemudian dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke pangkuan keluarga mereka,” ujarnya.

Beliau turut menggesa warga Singapura menjalankan lebih banyak usaha untuk memastikan keselamatan diri mereka, teman-teman, jiran dan keluarga terjamin.

Puan Halimah turut mengingatkan mereka yang mengadakan acara peribadi seperti majlis perkahwinan agar memastikan keselamatan tetamu mereka terjamin dengan  mematuhi langkah jarak selamat yang disarankan pemerintah.

Namun jika acara itu dapat ditangguhkan, ini lebih baik, tambahnya.