Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah ucap takziah pemergian bekas presiden Zambia

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menulis kepada Presiden Edgar Lungu dan rakyat Zambia untuk mengucapkan takziah atas pemergian mantan presiden negara itu, Dr Kenneth Kaunda.



Dr Kaunda, presiden pertama negara merdeka Zambia, meninggal dunia pada 17 Jun pada usia 97 tahun.



Dalam suratnya bertarikh 24 Jun, Puan Halimah berkata:



"Dr Kaunda merupakan seorang negarawan luar biasa dan akan diingati bagi peranannya sebagai pejuang kemerdekaan Afrika.



"Beliau menerajui pembangunan sebuah Komanwel moden yang memberi tumpuan pada kesamaan dan keamanan pada zaman pascapenjajaan yang huru-hara."



Puan Halimah menambah bahawa Dr Kaunda juga menyokong Singapura semasa tahun-tahun awal kemerdekaan negara ini.



Sebagai seorang pemimpin sebuah negara baru merdeka, beliau banyak berinteraksi bersama mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, dan kedua-dua pemimpin itu aktif dalam menyertai mesyuarat Komanwel.



Pada 1971, Dr Kaunda, yang waktu itu menjadi presiden Zambia, mengunjungi Singapura untuk menghadiri Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel yang pertama yang diadakan di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >