Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Usah abai cabaran di tengah pembukaan semula

Garis tiga perubahan penting dunia pekerjaan dalam amanat Hari Pekerja
Apr 30, 2022 | 05:30 AM



PROSPEK perniagaan akan bertambah baik dengan pembukaan semula sempadan namun Singapura tidak boleh mengabaikan beberapa cabaran yang kini melanda dunia, kata Presiden Halimah dalam amanatnya sempena Hari Pekerja esok.



Menurut Puan Halimah bagaimana Singapura mengurus cabaran-cabaran itu adalah penting bagi memastikan negara ini kekal relevan dan mempunyai kedudukan di persada dunia pada tahun-tahun mendatang.



Beliau juga telah menggariskan tiga perubahan penting dalam dunia pekerjaan yang secara asasnya telah berubah.



Pertama, sistem kerja secara hibrid - di pejabat dan dari rumah - akan kekal dilaksana di sini.



Kedua, perkembangan hubungan pekerja dengan tugas mereka, di mana pekerja kini ingin menjalani kehidupan lebih holistik dan seimbang bagi menceburi minat lain.



"Ini memerlukan majikan lebih kreatif dalam mengurus kakitangan mereka dan dalam menyokong persekitaran yang lebih memuaskan untuk memenuhi keperluan mereka," ujar Puan Halimah dalam amanatnya semalam.



Yang terakhir ialah pertambahan pekerja platform dan pekerja bebas disebabkan Covid-19.



Puan Halimah berkata banyak negara bergelut dengan masalah yang sama dalam hal cara melindungi kesihatan, keselamatan dan kecukupan persaraan pekerja.



"Adalah penting menangani isu ini kerana perlindungan keselamatan sosial semasa kita di Singapura sebahagian besarnya berasaskan pekerjaan sepenuh masa, manakala pasaran buruh hari ini lebih pelbagai," katanya lagi.



Beliau, bagaimanapun, yakin Singapura mampu menangani cabaran itu.



"Tetapi, kita juga mempunyai kekuatan untuk membantu kita mengharungi ketidakpastian ini," tambah Puan Halimah.



Beliau berkata kelebihan Singapura terletak pada tenaga kerjanya yang berkemahiran tinggi, berdisiplin dan sudah biasa menyesuaikan diri bagi menangani perubahan.



Singapura juga mempunyai infrastruktur baik dan persekitaran properniagaan yang membolehkan perniagaan beroperasi tanpa kerumitan.



"Kita fokus dalam mencapai pertumbuhan mampan dengan memanfaatkan teknologi, inovasi dan pendigitalan," kata beliau.



Selain itu, Singapura mempunyai hubungan pengurusan buruh yang baik, sekali gus menyediakan kestabilan untuk ekonomi dan perniagaan berkembang dan mewujudkan pekerjaan baik bagi penduduknya, kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >