USAHA memerangi pengganasan telah menunjukkan keberkesanannya kebelakangan ini, dengan kegagalan ISIS di Syria dan Iraq serta kumpulan ekstremis serantau seperti Jemaah Islamiah (JI) yang kian senyap.
Namun, masyarakat Singapura tidak harus mudah berpuas hati dengan pencapaian itu dan memandang remeh usaha membanteras masalah tersebut.