Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah wakili SG di majlis perkabungan Presiden UAE

May 17, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah mewakili Singapura di majlis rasmi perkabungan Yang Mulia Allahyarham Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan semalam di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Presiden Halimah turut diiringi oleh Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dan pegawai-pegawai dari pejabat Presiden dan MFA.



Semasa ketiadaan Presiden Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden (CPA), Encik Eddie Teo, menjalankan tugas Pejabat Presiden.



Presiden Halimah dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah merakamkan takziah kepada UAE Sabtu lalu menyusuli pemergian Presiden Sheikh Khalifa yang dianggap pemoden pro-Barat yang telah membawa negara Arab Teluk lebih dekat dengan Amerika Syarikat dan sekutunya.



Sheikh Khalifa, yang juga menerajui pemerintah amiriah terkaya UAE, Abu Dhabi, meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 73 tahun.



Beliau dilahirkan pada 1948 dan jarang dilihat di khalayak ramai sejak diserang strok pada 2014.



Puan Halimah juga telah menulis sepucuk surat Sabtu lalu, menyatakan bahawa sebagai presiden kedua UAE, Yang Mulia telah membina asas kukuh yang ditetapkan Allahyarham Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan untuk memperkukuh perpaduan UAE dan mempertingkat pembangunannya.



"Sepanjang kehidupannya, Yang Mulia berdedikasi dengan berkhidmat kepada penduduk UAE dan membawa kemakmuran kepada negara itu. Yang Mulia akan sentiasa diingati atas kasih sayang dan keprihatinan terhadap penduduk," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >