Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Warga harus kekal bersatu hadapi ketidakpastian

Turut ucapkan terima kasih kepada warga atas sumbangan kepada Cabaran Presiden
Jan 01, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA harus kekal bersatu, padu dan kukuh dalam menghadapi ketidakpastian akan datang, kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapan Tahun Baru beliau.



Dalam video sekitar seminit setengah yang dimuat naik ke laman Facebook beliau semalam, Puan Halimah berkata:



"Sedang kita memasuki 2019, ketidakpastian yang kita hadapi juga bertambah.



"Kita harus menanganinya dengan berhati-hati bagi terus menakat, namun kita hanya dapat melakukan demikian jika kita kekal bersatu, padu dan kukuh."



Sedang 2018 melabuhkan tirai dengan pelbagai peristiwa dan dunia menyambut ketibaan 2019 pula, Puan Halimah berkata jadualnya sepanjang tahun lalu sibuk tetapi amat bererti bagi dirinya.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura daripada pelbagai latar belakang atas sifat murah hati mereka menyumbang kepada Cabaran Presiden dan sokongan mereka bagi pelbagai tujuan yang bermakna.



Tambahnya, warga Singapura juga terus menyumbang masa mereka secara sukarela, khususnya relawan muda.



Tahun lalu, Berita Harian merupakan antara pertubuhan yang menerima penghargaan daripada Presiden Halimah atas sumbangan akhbar ini kepada Cabaran Presiden.



Akhbar ini telah mengumpul dan menyumbang sebanyak $30,000 kepada daya usaha itu, hasil daripada acara iftar amal yang dianjurkannya semasa Ramadan lalu.



Majlis iftar yang turut dihadiri Puan Halimah itu telah menjamu sekitar 150 orang daripada golongan memerlukan dengan kerjasama penaja dan rakan perniagaan.



Tahun lalu, lebih banyak pertubuhan telah tampil untuk memberi sumbangan kepada Cabaran Presiden.



Sebanyak 82 pertubuhan telah menghulurkan sumbangan pada 2018, berbanding 47 pertubuhan pada 2013.



Pada 2018, kempen Cabaran Presiden telah mengumpulkan $2.5 juta bagi Dana Pengupayaan Sepanjang Hayat (ELF) yang dilancarkan awal tahun lalu.



ELF bertujuan memperkasa golongan memerlukan dalam bidang seperti peningkatan kemahiran, membina keupayaan dan pekerjaan.



Menurut Puan Halimah, beliau amat terdorong oleh ramai individu yang ditemuinya dalam pelbagai lawatan beliau.



"Saya akan terus mendekati lebih ramai warga Singapura pada 2019.



"Tahun depan, Istana akan menyambut ulang tahunnya yang ke-150.



"Sertai kami dalam pelbagai acara dan kegiatan yang akan dianjurkan buat anda," katanya.



Dibina pada 1869, Istana merupakan Kediaman Pemerintah bagi kerajaan Britain dan kemudian dijadikan sebagai Ibu Pejabat Besar Pasukan Ekspedisi Selatan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



Ia dinamakan 'Istana Negara Singapura' pada 1959 apabila Singapura mendapat pemerintahan sendiri sebelum namanya ditukar menjadi 'The Istana, Singapore' setelah negara ini merdeka pada 1965.




"Sedang kita memasuki 2019, ketidakpastian yang kita hadapi juga bertambah.

Kita harus menanganinya dengan berhati-hati bagi terus menakat, namun kita hanya dapat melakukan demikian jika kita kekal bersatu, padu dan kukuh."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >