Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:12

Presiden Halimah: Warga tidak harus pandang ringan perpaduan sosial

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah: Warga tidak harus pandang ringan perpaduan sosial

Dec 27, 2019 | 12:43 PM

 

WARGA Singapura tidak boleh memandang ringan perpaduan sosial yang dinikmati sekarang, kata Presiden Halimah Yacob.

Berkata demikian dalam ucapan Tahun Baru beliau menerusi video yang dimuat naik ke laman Facebook hari ini (27 Disember), Puan Halimah berkata perpaduan ini boleh mudah terjejas sekiranya ia tidak dipelihara dan dipupuk secara berterusan.

Oleh itu, beliau melahirkan rasa berterima kasih kepada pemimpin masyarakat dan agama daripada pelbagai agama bagi usaha mereka terus memastikan masyarakat di sini kekal bersatu padu.

“Kita hidup secara harmoni walaupun terdapat ketegangan kaum dan agama yang semakin meningkat di banyak tempat di dunia ini,” kata Puan Halimah.

Sedang sesetengah orang memencilkan diri dengan identiti mereka sendiri, politik populis boleh merenggangkan lagi hubungan antara mereka.

Oleh itu, adalah penting warga negara ini tidak memandang ringan perpaduan sosial itu, kata Puan Halimah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3